Tatacara Solat Terawih Paling Ringkas Boleh Dilakukan Di Rumah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tatacara Solat Terawih Paling Ringkas Boleh Dilakukan Di Rumah

Tahun 2020 ni akan tercatat dalam rekod dunia, imam terawih paling ramai dalam sejarah. Ahaaa.. mana taknya ye tak? Masjid dan surau dah tak boleh nak masuk. So, semua orang akan bersolat terawih di rumah masing-masing.

Bagi yang solat terawih sorang-sorang tu tak la bimbang sangat. Bagi yang berkeluarga dan beranak pinak ni takkan la nak solat terawih sorang-sorang ye tak? Lekeh sangat nanti. Mesti la nak kena solat berjemaah. Baru la hebat anak-anak tengok.

Kalau suaminya Ustaz, atau hafaz Quran. Itu memang kira lulus terus la. Kalau ada anak-anak yang hafaz Quran pun kira lulus. Sebabnya boleh kita tolak anak tu jadi imam terawih nanti.

Tapi yang harunya kalau si bapak tu, inilah first time nak kena jadi imam terawih. Hahaha… mahu ada yang cabut lari tengah sujud ni kan? Angkat-angkat kepala, aik.. tok imam dah hilang!

So, saya sediakan di sini requirement paling basic dan juga tips untuk solat terawih berjemaah di rumah bagi imam yang amatur. Apa yang saya tulis, buat yang itu aje la.

Tak payah buat-buat tanya pulak ada kena buat apa-apa lagi ke? Kalau tak buat yang ni sah ke? Macam-macam.

Solat terawih ni lepas solat Isyak tau. Jangan pi mengigau solat terawih sebelum solat Isyak. So, mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga. Selesai solat Isyak, boleh la kalau nak berdoa dulu dan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau taknak semua tu, terus bangun untuk solat terawih pun boleh.

Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat tau. Sebelum mula solat terawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat terawih ni. Get ready semua ye!”.

Lafaz niat solat terawih ialah; “sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!

Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dah 4 rakaat kan?

Lepas dah selesai 4 rakaat, ambil la masa sikit untuk rehat. Boleh la kalau nak betulkan urat s4raf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tapi jangan la lama-lama pulak ye.

Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

So, ini yang basic anda kena tahu ye. Ini paling basic. Buat macam yang saya tulis ni, insyaAllah selesai dan sah la solat terawih secara berjemaah.

Mudah kan?

Ok.. saya nak bagi tips sikit supaya solat terawih tu jadi cantik la sikit. Takde la kering garing takde perisa kan..

Sebab solat terawih ni 8 rakaat, suka saya cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.

Boleh je imam nak ruku’ terus lepas habis baca Al-Fātihah. Hahaha… Sah je solat. Tapi pelik sangat la pulak.

Jadual yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.

  • Rakaat pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
  • Rakaat kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
  • Rakaat ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
  • Rakaat keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
  • Rakaat kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
  • Rakaat keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
  • Rakaat ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
  • Rakaat kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)

Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?

Boleh je. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu. Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh. Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?

Boleh je sambil solat imam buka Quran letak kat depan dia. Tapi kalau dah alang-alang buka Quran, bacalah ayat lain yang panjang sikit ye tak? Lepas solat terawih nak kena solat witir tak?

Terpulang. Nak solat terus boleh, taknak solat terus pun boleh. Buat sendiri-sendiri boleh, buat secara berjemaah pun boleh. Selang antara 2 rakaat solat terawih tu nak kena baca apa-apa selawat ke?

Terpulang. Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa. Lepas 4 rakaat kan kita rehat. Nak kena baca doa apa-apa tak? Terpulang. Nak baca boleh, taknak baca pun boleh. Rasa-rasanya itu la yang paling basic kot. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya kat ruangan komen.

Tapi nasihat saya jangan tanya. Sebab nanti kalau tanya, mungkin akan jadi lebih susah pulak nak buat solat terawih ni berjemaah. Tak pun, mungkin akan susah hati bila tahu jawapan untuk soalan yang ditanya tu. Begitulah ye..

So, ibu-ibu sila share tatacara ni kat husband you alls ye.. taknak la solat sorang-sorang terawih nanti. Takut ada yang mengelat tak solat pulak.

Solat la terawih. Jangan tinggal. Bulan Ramadhan ni je ada solat terawih. Solat pulak secara berjemaah. Baru dapat pahala berlipat kali ganda.

Ok.. sekian. Terima kasih.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*