Tip Mudah Agar Dapat Konsisten Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tip Mudah Agar Dapat Konsisten Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

Tidak dapat dinafikan Surah Al Kahfi sememangnya mempunyai banyak kelebihan dan ia amat disarankan dibaca pada Hari Jumaat. Namun sedia maklum, Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.

Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus. Betul tak?

Jangan risau, ada caranya untuk lengkapkan bacaan surah halang fit nah djjal ini. Lagipula surah ini boleh mula dibaca selepas Asar hari Jumaat sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.

Tipnya Pecah-pecahkan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi. Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja.

Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?

Tak kisahlah bagaimana pun caranya. Paling penting kita semua khatam membaca surah Al Kahfi sebelum terbenam matahari hari Jumaat.

Antara manfaat mengamalkan surah Al-Kahfi:

Surah Al-Kahfi juga disebut Ashabul Kahf merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di kota Makkah.

1. Terhindar dari fitnnah daj jal

Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fit nah djjal. Daj jal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah daj jal sangat ke jam dan mampu membawa kepada kese satan dan sek sa nera ka Jaha nam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman daj jal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Daj jal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh pengampunan dosa di antara dua Jumaat

Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

Selamat mencuba dan mengamalkannnya!

Sumber: firdaus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*