Aku Ke Surau Nak Cari Pahala, Tapi Mulut Makcik Surau Ni

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Aku Ke Surau Nak Cari Pahala, Tapi Mulut Makcik Surau Ni

Assalamualaikum, aku Ifa. Nak cerita sikit pasal G3ng Surau ni. Ayah aku Imam surau, dan kalau ada apa-apa majlis. Aku akan pergi lah sebagai wakil ibu aku. Aku takde masalah pun nak pergi, tapi orang-orang surau yang jadi masalah untuk aku.

Okay sebelum aku nak mulakan luahan ni, aku nak cakap. Tak semua G3ng Surau ni bagus, dan of course, tak semua G3ng Surau ni tak bagus. Cuma kebanyakkan aku tengok, memang macam tu laa perangainya. Okey kita sambung cerita..

Abang aku mening gal sebab demam panas, dan kakak ipar aku masih tinggal dengan family aku. Ada 1 hari tu, aku pergi surau untuk baca yassin. Biasalah, malam jumaat kan. Ada makcik sebelah aku, dari 1st aku datang duk usha-usha pandang aku.

Aku memang dah tau perangai dia. Aku teruskan buat tak tau, then dah habis baca yassin. Dia tanya “Kau anak imam kan?” Aku balas “ye cik” dan dia pun mulakan soalan bertubi-tubi.

“Kakak ipar duduk sekali? Aku balas “haah cik”

“Ooo, habis.. tak kawin lain ke dia ?” Aku balas “takde kot, dia sayang sangat dekat abang sy tu”

“Eh, muda lagi tu. Takkan tak kawin lagi kan.. Dah ada anak ke dia ?” Aku balas “belum cik, takde rezeki. Family pun tak kisah ada ke takde”

“Oo takde.. siann kann.. Mandul ke dia? Lama dah kan kawin?” Masa ni memang panas dah. Aku balas “sy tak tahu laa pulak, kalau mandul pun takde masalah kot. Sebab sy dan family tak pernah desak dia untuk ada anak. Sy tau tu bukan kerja kita..”

“Heh, ye laa kan.. tapi dah duduk dengan mertua, takkan tak sedar lagi? Kalau anak acik tu, dah ma lu dah nak tinggal lama-lama. Bukan ada suami pun” masa ni aku rasa macam nak simbah je air yassin tu dekat dia. Tapi fikir kan ayah aku tu imam, aku balas jugak “cik.. Ibu ayah sy sendiri tak pernah nak halau dia. Malah lebih suka dia tinggal dengan kami, dan makcik pakcik sy pun suka dia untuk tinggal dengan kami.. Sy anak dia pun, tak pernah rasa cembu ru.. rasanya takde masalah kot?”

Makcik tu pun sengih je.. Nasib baik laa masa tu kakak ipar aku tak ikut ke surau, kalau dia ikut. Aku tak tahu laa nak cakap macam mana. Kadang-kadang yang buat aku tak nak pergi surau, sebab ni laa.. Dalam surau pun nak mengumpat lagi.

Dan pernah sekali tu ada sorang makcik cakap dekat kakak ipar “ehh ada lagi kau kat sini, ingatkan dah balik kampung family sendiri”. Entah apa yang dia panas sangat dekat kakak ipar aku tu.

Ni kisah kedua. A few months ago, aku terjumpa sorang makcik surau. Masa ni memang aku jarang kesurau sebab tak berapa sihat. Makcik tu tanya “sihat dah ke ?” Aku balas “ada laa sikit lagi sa kit ni. Every month kena follow up jugak” dan dia cakap “hah, abang awak doctor pun tak dapat jaga adik sendiri”.

Dugaan family aku, ayah aku selalu difit nah oleh ajk surau tu sendiri. Ada yang sebarkan fit nah, dia cakap ayah aku jadi imam tu sebab bagi ra suah dekat pengerusi surau.. Lepas dapat tau fit nah ni, ayah aku terus letak jawatan as Imam..

Lama jugak ayah merajuk, ada laa 2 tahun. Macam-macam ayah buat dekat surau tu untuk.. Pergi rumah ke rumah sebab nak minta derma untuk pembinaan surau tu. Datang ‘puak’ baru, habis semua dia fit nah.

Tapi lepas 2 tahun tu, ramai yang back up ayah aku dan pujuk ayah untuk jadi imam balik, alhamdulillah orang-orang lama backup ayah aku.. Ramai suka bacaan ayah aku, tapi fit nah tetap berleluasa..

Aku nak pesan, kalau Nak pergi surau, bawak telekung sejadah botol air. Bukan bawak fit nah.. Surau tempat beribadah, tempat kita eratkan ukhuwah kita. Tapi bila asyik mengumpat, ikatan persaudaraan sesama islam pun boleh putus tau.

Dalam Surau pun boleh fitnah, inikan pulak dekat luar kan? Banyak lagi perkara yang mendatangkan pahala boleh kita buat, kenapa yang mendatangkan dosa jugak kita pilih? Ye, aku tahu aku pun bukan baik sangat.

Sekian dari aku, Ifa Manusia Biasa. Terima kasih, Assalamualaikum.

Ifa via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*