Tunang di restoran, gadis ini jadi perhatian, rumah tak payah kemas, makan dihidang.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tunang di restoran, gadis ini jadi perhatian, rumah tak payah kemas, makan dihidang.

TUNANG di restoran dalam satu majlis yang ringkas, gadis ini menjadi perhatian warganet.

Lazimnya sebelum menempuhi gerbang perkahwinan, wanita akan melalui beberapa upacara seperti adat merisik, meminang dan bertunang.

Seiring peredaran masa, adat-adat tradisional dipermudah oleh kedua-dua bakal mempelai masa kini menjadikan ia lebih praktikal.

Kala ramai yang masih mengimpikan majlis pertunangan yang besar-besaran, pengguna Twitter ini tampil dengan idea yang dipuji ramai.

Mengadakan pertunangan di restoran dalam satu majlis yang ringkas pada 12 Jun 2022, @nabsaurus berkongsi majlis pertunangannya di Twitter.

Majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah restoran fine dining di Kuala Lumpur ringkas dihadiri hanya ahli keluarga terdekat kedua belah pihak seramai 15 orang.

My small and intimate hari bertunang, dihadiri by our immediate family (ibu saudara dan suaminya to moderate the tunang thingy) @ Serai KL East Mall, 12/6/2022.

“Suka g1la hari tunang, macam pergi shopping je,” kongsinya.

Tidak hanya berkongsi idea praktikal, wanita itu turut berkongsi bil bernilai RM1,282.

“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa.

“Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang I would highly recommend getting a private room di Serai. It only costed us RM1,282 for 12 adults and three kids,” kongsinya.

Dalam ciapan lain, @nabsaurus mended4hkan majlis tersebut tiada pertukaran dulang sepertimana yang lazim diamalkan.

Menurutnya, idea tersebut timbul disebabkan beberapa faktor termasuk cuti.

“Yup!!! Still jimat daripada buat kenduri. I buat small macam tu sebab baru tukar kerja dan tak boleh apply annual leave lagi masa tu. So malas nak fikir,” ciapnya.

Tertarik dengan majlis pertunangan yang ringkas itu, warganet rata-rata berminat mengaplikasikannya pada masa akan datang.

Ujar  mereka:

– “Suka la concept macam ni, tak perlu nak buat kenduri ke apa, cukup close family tahu.”

– “Sempoi je sis.”

– “Senang and at the same time cut cost. Gonna save this one, because I planned to do this in the future. And actually ada juga tengok orang buat macam untuk wedding. Jimat sebab buat untuk yang terdekat sahaja.”

– “Me also want simple and minimalis macam ni, but aesthetic jangan kurang.”

– “We did this style 2021 merisik kat Concorde. Cost RM690 untuk 10 pax sebab ambil hi-tea buffet. Request tempat macam tersorok sikit untuk keselesaan. Alhamdulillah dah kahwin.”

Pejabat Mufti Wilayah berkongsi cenderung untuk mengatakan pertunangan itu dihebahkan bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang jelas dilarang dalam Islam.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلاَ يَخْطُبْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَهُ

Maksudnya: Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.

Riwayat Muslim (1412) Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haram meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan daripada orang yang meminang tersebut.

Jika berlaku perkahwinan, ia sah namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain adalah berdosa.

“Tiada masalah jika seseorang itu menghebahkan pertunangan namun janganlah berlebih-lebihan menyambutnya seolah-olah majlis perkahwinan kerana pertunangan adalah perjanjian menuju perkahwinan. Boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.

“Oleh yang demikian itu, bersederhana dalam pertunangan itu lebih dituntut. Boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman daripada berlakunya has4d dengk1 dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitn4h,” kongsinya.

Sumber: @nabsaurusPejabat Mufti Wilayah 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ via sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*