Cara Buat Perangkap Lalat Guna 3 Bahan Sedia Ada Di Dapur. Amat Berkesan.
Bila tiba-tiba ada seekor dua lalat muncul di kawasan rumah, sama ada di ruang dapur, di meja makan bahkan di kawasan sekitar rumah sekali pun, menyebabkan kita tidak selesa dan terganggu dibuatnya. Ini memandangkan lalat sebagai mana semua maklum, adalah serangga yang mampu menyebarkan pelbagai peny4kit.
Jadi apa cara yang biasa anda lakukan untuk membasmi lalat tersebut?
Selain menggunakan racun serangga atau kertas pelekat lalat, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda boleh buat sendiri perangkap lalat.
Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.
Ini sebagaimana perkongsian video di tiktok oleh jdeleon716. Begini langkah demi langkah untuk membuat perangkap lalat tersebut.
Ambil botol plastik dan dipotong pada bahagian atasnya.
Kemudian masukkan1 cawan gula perang ke dalam botol tersebut.
Kemudian masukkan 1 sudu madu.
4. Masukkan 1 cawan air dan kemudian dikacau rata.
5. Setelah itu letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik. Siap untuk digunakan.
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!
Sumber: imuslimnetwork
Leave a Reply