Resepi Kimchi Tekak Melayu, Guna Bahan Apa Ada Sahaja, Mudah!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Resepi Kimchi Tekak Melayu, Guna Bahan Apa Ada Sahaja, Mudah!

Kimchi merupakan salah satu menu makan Korea yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan negara ini. Malahan, sudah ada peniaga tempatan yang menghasilkan kimchi dijual di pasaraya-pasaraya.

Khasiat kimchi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana mengandungi nilai nutrient yang mencukupi kerana sayuran mentah yang digunakan. Kaedah penapaian kimchi turut menghasilkan mikrob yang baik untuk tubuh kita.

Selain itu ia turut mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi serta sangat disarankan untuk mereka yang sedang berdiet. Terdapat pelbagai lagi manfaat kimchi ini dan telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik. (rujukan : Bidadari.my)

Namun, jangan sampai salah cara membuatnya, khasiat tak dapat, malahan dapat peny4kit pula. Sentiasa utamakan kebersihan setiap bahan yang digunakan.

Menerusi laman Facebook saudari Ika Ezzati Kamal berkongsi cara mudah membuat kimchi menggunakan bahan apa ada sahaja. Berikut kongsinya;

Resepi Kimchi Bodo (bodo disini bermaksud tak cukup bahan tapi jadi jer)

Al kisahnya, tadi pergi pasaraya. Tengok sek.syen clearance barang basah terjumpa kobis panjang RM1.20 seikat besar. Nak layu-layu sikit kat bahagian luar tapi dalam elok lagi. Pulak ada jugak lobak putih tapi patah muncung dah 50sen. Carrot 3 batang 1 plastik 98 sen yang hitam satu. Kitanya teringin nak makan kimchi.

Alang alang tu beli jelah. Merajinkan diri buat. Kadang kalau beli yang ready made selalunya acidity dia too much. Pastu pedas sangat. I kennot tahan. Sudahnya terhasil 4 botol untuk stok setahun. Kos semua, RM2.70. Garam, gula, bawang, halia, kicap, sotong, serbuk cabai, tepung beras memang ada kat rumah dah. Harini tidur peluk kimchi sebab rasa menang membeli.

BAHAN BAHAN P0TONG (semua bahan p0tong ikut saiz mulut)

  • Kobis panjang (rendam dengan garam yang banyak selama 2 jam pastu bilas 3x)
  • Bawang holland (optional, saya letak sebab suka)
  • Daun bawang (saya tak suka so saya tak letak)
  • Lobak putih
  • Carrot
  • (bahan2 bergantung pada banyak mana makan)

BAHAN BAHAN KISAR

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 1 inci
  • Sebiji buah lai atau epal merah (optional, ada takpa, takda takpa)
  • Udang kering 2 jemput (takda pakai ikan bilis takpa tapi kalau dua dua takda,tak payah letak)

MASA BLEND LETAK AIR MASAK SIKIT JE AGAK2 LEPAS UNTUK BLEND SEBAB KALAU BANYAK AIR TAK SEDAP NANTI

BAHAN BAHAN PERISA

  • Serbuk cili – ikut kepedasan masing2 (saya guna brand BABAS je takyah la korea2 gochujang apa, guna je ape ade)
  • Garam
  • Gula (saya suka manis2 pedas, so saya lebihkan gula sikit)
  • Kicap ikan atau kicap sotong – secukup rasa.

BAHAN KUAH

Tepung beras dimasak atas api sampai kental. (takda, boleh guna tepung pulut, tepung jagung. takda jugak? skip jelah takyah letak)

CARA-CARA

[1] Gaul semua bahan di atas dengan sebati.

[2] Masukkan dalam bekas kegemaran.

[3] Tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. bimbang buka2 tuppaware meletup kena muka.

[4] Nak cepat makan, letak kat luar 2-3 hari. Lepastu boleh makan. Lepastu masuk peti sejuk.

[5] Ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan. Sekian.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber: Ika Ezzati Kamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*