Boleh Tahan Mudah Rupanya. Cara Buat Sendiri Stok Ayam Serbuk, Selamat Tinggal MSG.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Boleh Tahan Mudah Rupanya. Cara Buat Sendiri Stok Ayam Serbuk, Selamat Tinggal MSG.

Macam tak percaya je stok ayam serbuk boleh buat sendiri secara homemade, biarpun pembuatannya agak mudah, tetapi dari mengguna perasa tambahan segera, lebih baik buat sendiri stok ayam serbuk sendiri demi kesihatan anda dan keluarga.

Berikut RASA kongsikan resipi dan cara yang perlu korang boleh buat untuk menghasilkan serbuk perasa ayam sendiri di rumah.

STOK AYAM SERBUK BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi dada ayam tanpa kulit
    100gm lobak merah | dadu halus
    25 ulas bawang putih
    1 pokok daun bawang | hiris halus
    1/2 biji bawang Holland | dadu halus
    Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  • Kisar semua bahan tanpa air menggunakan food processor atau pengisar kering.
  • Kemudian goreng sangai (goreng tanpa minyak) hingga kering.
  • Masukkan bahan sangai ke dalam loyang kemudian bakar dalam ketuhar dengan sekali sekala kacau, supaya garing sekata dan tidak hangus.
  • Setelah garing kisar menggunakan mesin pengisar kering biasa.
  • Kemudian masukkan semula ke dalam loyang dan bakar seketika untuk memastikan ia betul-betul kering.
  • Biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas atau botol kedap udara.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber: imuslimnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*