Teknik & Tips Tanam Pudina Agar Pokok Cepat Tumbuh Dan Lebih Kukuh!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Teknik & Tips Tanam Pudina Agar Pokok Cepat Tumbuh Dan Lebih Kukuh!

Pokok Pudina Cepat Tumbuh Dan Lebih Kukuh

Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering menjadi pilihan untuk ditanam di rumah. Apa tidaknya, baunya yang segar selain kepelbagaian kegunaannya menjadikan tumbuhan ini menjadi kesukaan ramai.

Nikmat sungguh kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Rasa sedap, baunya pun wangi menyegarkan.

Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana ia mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil.

Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan satu petua daripada  Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah.

Jom baca perkongsiannya.

TEKNIK MENANAM DAUN PUDINA

  • Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai.

  • Sediakan bekas dan tanah hitam.

  • Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini.

  • Buat dalam beberapa batang.

  • Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia.

  • Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh.

Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air.

Simpan di tempat yang redup.

Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bulan.

Subur dan banyak daunnya.

Alhamdulillah…

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

SUMBER: RINA KEFELE via Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*