Mudah, Sedap & Rangup! Buat Rempeyek Dengan Hanya Menggunakan Kulit Popia.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Mudah, Sedap & Rangup! Buat Rempeyek Dengan Hanya Menggunakan Kulit Popia.

Nak hasilkan rempeyek yang rangup memang agak susah. Lagi-lagi bila bahan tak cukup. Tapi, tau tak kulit popia pun boleh buat rempeyek tau.

Jika teringin nak makan rempeyek yang rangup, buat sahaja sendiri di rumah menggunakan kulit popia. Caranya pun tidaklah sesukar yang disangka.

Jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Shal Anne Ahemed ini.

RESEPI REMPEYEK MODEN

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia (tidak kisah jenama apa pun)
  • Kacang tanah (disangai dahulu)
  • Ikan bilis
  • Sedikit tepung gandum dan air (bancuh)
  • Jintan manis dan jintan putih (dikisar bersama)

CARA PENYEDIAAN:

Potong kulit popia kepada 4 bahagian.

Letakkan sedikit bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong tadi.

Kemudian, taburkan kacang, ikan bilis dan juga jintan yang telah dikisar.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.

Siap!

Kalau buat sendiri, boleh adjust banyak mana kita nak buh kacang dengan ikan bilis. Ikut selera masing-masing.

Haa, resepi pun dah ready, jadi jom kita cuba buat sendiri kat rumah.

Nak buat untuk kudap-kudap raya nanti pun boleh.

Terima kasih kepada empunya resepi.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber: Shal Anne Ahemed Via Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*