Cara Buat Semburan Serangga, Ulat, Semut, Hama, Kerinting & Masalah Tanaman Lain.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Semburan Serangga, Ulat, Semut, Hama, Kerinting & Masalah Tanaman Lain.

Untuk mengelakkan tanaman dirosakkan oleh serangga, pelbagai jenis racun serangga boleh digunakan yang dijual di kedai.

Namun, seperti yang ramai maklum penggunaan racun serangga kimia bukan hanya boleh membnuh serangga tanaman namun boleh membahayakan kesihatan manusia.

Sebenarnya banyak cara lain membuat ra,cun serangga daripada bahan-bahan di dapur. Antaranya seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini. Berikut kongsinya;

Cara Buat Semburan Serangga, Ulat, Semut, Hama Dan Masalah Tanaman Lain

Cara-cara nak buat semburan serangga, ulat, semut, hama, kerinting dan macam-macam masalah tanaman. Boleh baca. Saya dah share beberapa bulan yang lepas. Ni saya salin semula untuk beginner yang baru join group ini. Lengkap semuanya. Mudah sangat. Saya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

Baik, saya sediakan cara-caranya di sini.

Bahan-Bahan

  • Botol minuman 1.5 liter
  • 1 Sudu besar serbuk kunyit
  • 5 Tangkai cili padi
  • 5 Ulas bawang merah kecil dengan kulit
  • Air

Cara-Caranya

[1] Sediakan botol minuman 1.5L.

[2] Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yang sudah disediakan.

[3] Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz. Patahkan 2 atau 3. Masukkan ke dalam botol.

gambar hiasan

[4] Ambil 5 ulas bawang merah yang kecil (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bagi pecah lalu dimasukkan ke dalam botol tadi. Kulitnya dimasukkan sekali ya.

[5] Isikan penuh air biasa ke dalam botol dan goncangkan.

[6] Peram semalaman dalam suhu bilik. Saya letak di bawah sinki.

[7] Keesokannya (selepas 24 jam) dah boleh digunakan. Isi dalam botol spray. Tak perlu tambah air lagi. Spray pada pokok yang bermasalah terutamanya daun.

Sesuai untuk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas.

Fungsi kunyit adalah untuk mem4tikan kulat/ hama/ kutu/ ulat dan sebagainya pada daun dan batang.

Cili padi dan bawang sebagai agen pemangkin kem4tian. Ibarat wajah yang berjerawat, kunyit digunakan untuk mengecutkan jerawat dan digunakan pada waktu malam.

[8] Syor saya, gunakan 2 atau 3 kali seminggu. Petang sahaja, pukul 6.30 ke atas.

Bakinya boleh disimpan. Bukan dalam peti sejuk. Letak dalam suhu bilik. Air semburan ini boleh tahan sehingga 7-10 hari sahaja.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber : Liyana Mohd Poad / Pertanian Satu Perniagaan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*