Cara Buat Dadih Lemak Berkrim, Cair Di Mulut. Puas Makan Dadih Buat Sendiri.
RASANYA lemak berkrim, lembut serta cair di mulut membuatkan dadih antara pencuci mulut yang sering jadi buruan sekiranya ke pasar malam.
Memandangkan sekarang kita tidak boleh keluar rumah… Apa kata buat sendiri dadih! Mesti anak-anak suka sambil menikmati ketika menonton televisyen.
Resepi yang dikongsi Facebook Mas Cotek juga cukup mudah dan ringkas. Jom cuba!
Bahan-bahannya;
- 10gm serbuk agar-agar
- 1550 ml air
- 1 1/2 cawan gula
- 200 gm susu pekat manis
- 1 tin susu cair
(Bahan perasa mengikut citarasa); Jagung, Pandan, Rose dan sebagainya.
Lebih enak jika dadih disejukkan dalam peti ais.
Cara-cara membuatnya;
1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar sehingga ia larut.
2. Masukkan gula dan masak sehingga semuanya larut.
3. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebelum padamkan api.
4. Bahagikan adunan dadih kepada 2 ke 3 bahagian
5. Masukkan perasa yang digemari dan kacau sebati
6. Tuang ke dalam bekas dadih dan sejukkan
Tip tambahan;
1. Untuk mendapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan ia mendidih.
2. Tuang dengan perlahan ke dalam bekas supaya dadih tidak menjadi buih pada permukaan.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!
Sumber: imuslimnetwork
Leave a Reply