Mandi Sebelum Subuh Dan Amal Air Kunyit Antara Rahsia Kecantikan Azian Mazwan, Pinggang Kekal 27 Inci!
Pinggang Kekal 27 Inci, Walau Sudah Beranak 7
Siapa masih ingat Azian Mazwan, penyanyi kala zaman kegemilangan yang popular dengan lagu bertajuk Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Walaupun bertubuh kecil tapi suaranya cukup nyaring mendendangkan lagu-lagunya di awal tahun 90an.
Biarpun kini usianya sudah mencecah hampir 50 tahun, tetapi saiz badannya tetap kekal langsing seperti anak dara.
Malah penyanyi ini rupanya mempunyai 7 orang cahaya mata. Dengan ketinggian 154 cm, Azian Mazwan kekal langsing dengan berat hanya 49 kg dengan ukuran pinggang 27 inci. Memang potongan yang diidam-idamkan ramai wanita di luar sana.
Rahsia Azian Mazwan
Dalam satu temubual bersama Nona, Azian Mazwan Sapuwan memdedahkan petua kecantikan dan kesihatan yang diamalkannnya setiap hari.
10 Rahsia Cantik Dan Sihat Azian Mazwan Sapuwan
- Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang dan seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum seklai sekala dibolehkan. Tapi jangan terlalu kerap.
- Ambil sekurang kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibody badan yang sedia ada terganggu. Saya mengamalkan satu vitamin sahaja iaitu CalMeg ( kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
- Banyakkan minum air kosong.
- Tidur kena mencukupi. Tak semestinya tidur yang lama, tetapi tidur dalam jangka masa yang ideal yang diperlukan badan.
- Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan jadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
- Mandi pagi sebelum subuh. Badan akan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
- Jaga pemakanan. Kalau makan nasi, ambil lauk yang tidak memudh4ratkan tekak, perut dan badan. Contohnya makanan yang boleh akibatkan 4lergik pada tubuh.
- Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
- Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak borak kosong kerana ia membawa kita kea rah perkara neg4tif.
- Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk menaikkan seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstick ketika hendak keluar.
Menurut info, selain bergelar penyanyi, Azian juga merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lepas. Sebelum ini, dia pernah bertugas dalam sector swasta selama 13 tahun dalam bidang sama.
Minatnya terhadap bidang nyanyian bermula seawal umur 11 tahun dan dia mula serius dalam bidang tersebut selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!
Sumber : Nona via Rapi
Leave a Reply