Cara Tanam P0kok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah & Lebih Segar!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Tanam P0kok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah & Lebih Segar!

Biasanya bila disebut sahaja menanam, apa yang terlintas di fikiran mesti kena ada tanah. Namun, dengan teknologi terkini, ada kaedah penanaman yang sudah tak perlu guna tanah seperti kaedah hidr0ponik.

Contohnya, tanaman bawang. Ada kaedah yang lebih senang untuk tanaman jenis bawang. Hanya dengan menggunakan bekas sarang telur, anda sudah boleh menanam daun bawang.

Selalunya daun bawang dibeli sahaja di kedai, tetapi ada kala setelah beberapa hari daunnya sudah layu dan tidak dapat digunakan untuk memasak.

Apa kata cuba tanam sendiri sahaja pokok daun bawang di rumah. Lebih sedap, manis, segar dan diyakini kebersihannya. Mudah sahaja.

Kat rumah ada banyak simpan sarang telur? Sarang telur banyak tak tahu buat apa? Jom guna semula untuk tanam daun bawang!

Ini caranya:

[1] Tindan dan mampatkan 4 hinga 6 lapis sarang telur.

[2] Te,buk lubang besar-besar di setiap sarang sehingga tembus lapisan ke-3 (lubang kecil menyebabkan akar naik dan bawang senget)

[3] Basahkan sarang telur.

[4] Letak bawang di setiap sarang (pilih bawang yang segar-segar sahaja, atau pilih yang bila kita p0tong kepalanya, di tengah-tengah ada warna hijau muda)

[5] Sembur 2 kali sehari sehingga daun tumbuh.

Tips Tambahan:

  • Pastikan letak di kawasan ada sedikit cahaya matahari (berteduh tetapi cerah)
  • Jika hari lembap dan tiada cahaya matahari, kurangkan siraman untuk mengelak bawang mereput.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber : Siraplimau / Facebook SWcorp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*