Cara Mudah Masak Sambal Tempe Basah Padu, Sangat Sedap!
Antara lauk kegemaran yang menjadi kesukaan ramai adalah sambal tempe basah. Selain murah, ianya juga berkhasiat dan sedap.
Seperti ramai maklum, tempe mengandungi kandungan gizi yang melimpah untuk kesihatan tubuh manusia. Kandungan nutrient ini membantu tubuh badan kita meningkatkan paras antioksidan dalam badan serta menghalang daripada pelbagai peny4kit.
Kandungan isoflavon contohnya, dapat mengekalkan kesihatan saluran da rah daripada pembentukan plak yang menjurus kepada penya kit berkaitan jantung. Ia juga mempunyai kesan anti-kan ser, antimikroorganisa serta menghalang kerapuhan tulang. (Rujukan : Rootofscience)
Jika disebutkan memang ada banyak sangat khasiatnya. Jika dibiasakan anak-anak kecil memakan tempe, membantu perkembangan otak dan minda mereka.
Berikut resepi sambal tempe basah yang dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Bilisnya yang rangup menambah kesedapan sambal ini dan sedap dimakan bersama nasi.
Cara Masak Sambal Tempe Basah Padu
Bahan-Bahan
- 4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing
- 4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
- 2 genggam ikan bilis – goreng garing
- 2 ½ sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
- Sedikit bahan perasa
- 1 keping asam gelugur
- 1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
- Minyak masak secukupnya
Bahan Dikisar Halus
- 25 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
- 5 ulas bawang putih
- 1 cawan minyak masak
Cara Memasak;
[1] Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
[2] Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
[3] Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
[4] Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
[5] Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
[6] Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Mudah kan? Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!
Sumber: Mariana Zainal / Rasa
Leave a Reply