Campur Ubi, Rahsia Kuih Tepung Gomak Pandan Ladi Lembut & Lebih Sedap

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Campur Ubi, Rahsia Kuih Tepung Gomak Pandan Ladi Lembut & Lebih Sedap

Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai jenis menu kuih muih tradisional yang menjadi kegemaran rakyat sehingga kini.

Salah satunya adalah kuih tepung gomak pandan. Dijadikan santapan ringan yang sedap ketika waktu petang membuatkan petang anda lebih indah.

Teksturnya yang lembut, namun sedikit kenyal serta inti kelapanya yang manis membuatkan kita tak jemu memakannya.

Biasanya adunan doh luah kuih ini hanya menggunakan tepung beras. Berbeza dari resepi lain, perkongsian saudari Rozita Daud ini menggunakan ubi keledek oren dalam adunan dohnya agar tepungnya lebih lembut dan sedap.

Resepi Kuih Tepung Gomak Pandan

BAHAH INTI

  • 1 biji kelapa muda – ambil bahagian putih sahaja
  • 2 senduk gula merah (*)
  • Sedikit gula pasir (*)

BAHAN DOH

  • 1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 bungkus tepung pulut
  • Sedikit perasa pandan

BAHAN SALUT

Tepung beras secukupnya – sangai sekejap (kalau nak letak tepung kacang hijau pun boleh)

CARA MEMASAK INTI

Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemudian tutup api. Biar sejuk.

CARA MEMBUAT DOH

[1] Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian.

[2] Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.

[3] Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.

[4] Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.

[5] Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis.

[6]Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.

[7] Angkat dan toskan sekejap. Kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.

[8] Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.

[9] Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber: Rozita Daud

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*