Lebihan Nasi Sejuk Jangan Dibuang, Buat Keropok, First Time Buat Pun Menjadi!
Kalau di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan sesekali dibuang atau dibazirkan. Dengan nasi sejuk itu anda boleh hasilkan kudapan yang sedap dan enak.
Nasi sejuk ini boleh diolah menjadi keropok nasi. Caranya dikongsikan oleh saudari Fauziah Khary. Caranya pun tak rumit, mudah sahaja. Bukan hanya budak-budak yang suka keropok ini, orang dewasa pun minat.
Cara Buat Keropok Nasi Lebihan Nasi Sejuk
Bahan-bahan
- 1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
- 1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 sdt ketumbar
- 1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja, hiris nipis
- garam secukup rasa
- Stok ayam/ kiub ayam
Langkah-Langkah
[1] Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
[2] Masukkan garam, hirisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
[3] Angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
[4] Angkat, toskan airnya dan p0tong nipis. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga benar-benar kering.
[5] Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng dalam minyak panas hingga kembang.
Simpan keropok goreng dalam botol kedap udara.
Tips tambahan;
Kalau berminat dengan perasa ikan bilis, tambah sahaja sedikit ikan bilis semasa mengisar nasi tadi.
Kalau suka keropok berwarna, setelah nasi lonjong tadi direbus dan disejukkan, letak sahaja pewarna kesukaan anda.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!
Sumber: Petuaibu/ Fauziah Khary
Leave a Reply