Wanita Kongsi Pencuci, Toner, Skrub Dari 4 Bahan Semulajadi. Kulit Pinkish, Bebas Jeragat Dan Jerawat, Sepanjang Hayat Memang Pakai Ini Sahaja!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Wanita Kongsi Pencuci, Toner, Skrub Dari 4 Bahan Semulajadi. Kulit Pinkish, Bebas Jeragat Dan Jerawat, Sepanjang Hayat Memang Pakai Ini Sahaja!

“Inilah Pencuci, Toner & Scrub Sepanjang Hayat..”

Begitu terpesona melihat cara wanita ini jaga kulit mukanya, hanya setia memakai bahan alami yang digabungkan untuk waktu siang dan malam.

Hasilnya, kulit flawless dan Nampak fresh!

Menurut Puan Ika Mat Bakhir, ini antara kelebihan bila pakai bahan semulajadi yang dijadikan pengganti skincare:

  • Jerawat hilang
  • Jeragat hilang
  • Lembapkan kulit
  • Blackhead hilang
  • Kulit jadi cerah

Bahan skincare:

  • Kunyit hidup
  • Tomato buah
  • Biji barli
  • Sodium bicarbonate

Cara Hilangkan Jeragat Dan Jerawat

Langkahnya mudah sahaja, tengah masak pun boleh buat.

  • Goreng biji barli dan sodium bicarbonate tanpa minyak dengan api yang perlahan. Ini nak elakkan barli tersebut daripada hangit.

  • Masuk dalam blender kering dan blend sampai jadi serbuk. Saya suka tak lumat sangat, anda nak lumat pun boleh dan kemudian simpan dalam bekas kedap udara. Tahan berbulan tak basi.

  • Ini cara nak guna, ambil sedikit dan campur dengan air. Pada anda yang ada masalah whitehead blackhead boleh lah campur sedikit lagi sodium masa nak bancuh tu.

  • Kunyit buang kulit dulu ya dan kemudian hiris sedikit sebelum tonyoh kat muka. Pada yang ada masalah jerawat/jeragat sila sental tempat bermasalah tu sedikit lama. Kunyit ni antiseptic dan antikuman.

  • Ini lah bahagian paling suka. Tonyoh tomato kat muka sampai lunyai. Tomato ni agen pemutih, jadi parut-parut boleh hilang. Pada yang ada masalah kulit kusam, boleh tonyoh kat seluruh bahagian muka.

  • Lagi satu, tomato mampu tegangkan kulit dan kurangkan kedut di muka.

  • Ini bahagian akhir, serbuk barli yang dah bancuh dengan sodium tu bual lah scrub.

Anda boleh sental dan tepek terus kat muka buat mask.

Barli ni berfungsi sebagai pelembab kulit selain membantu putihkan kulit. Biar kering, baru basuh dan lap. Boleh ulang semua step ini setiap hari.

Haa.. Nampak tak kulit berseri-seri ala pinkish?

Apa yang penting, kulit rasa tegang dan lembut lepas buat. Masalah whitehead dan jerawat pun boleh hilang tau. Tapi pastikan rajin buat.

Sungguh, inilah skincare saya selama ini. Petua inilah yang jadi pencuci muka, toner, skrub, krim siang dan malam saya.

Petua Tambahan:

Boleh guna bahan-bahan ni asing-asing, maknanya guna je bahan ikut masalah kulit ya.

Selamat mencuba!

Sumber: Ika Mat Bakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*