Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak. Rangup, Sedap & Tak Pahit!
Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak
Setiap kali ke kedai mamak, antara lauk yang biasa diambil termasuklah peria goreng crispy.
Mungkin sesetengah orang tak berapa suka sebab rasa pahitnya. Tapi kalau dah biasa makan, tak akan terasa pun pahitnya itu.
Nak buat peria goreng crispy ni tak susah pun, boleh cuba buat menggunakan resipi di bawah.
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
- Peria katak
- Garam
- 1 ½ sudu kecil kunyit
- 1 ½ sudu besar serbuk cili jenama
- 2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 ½ sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
- 2 sudu besar tepung
- 2 sudu besar tepung beras cap
Cara penyediaan:
Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
Masukkan garam dan gaul.
Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
Sediakan minyak yang banyak.
Guna api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas.
Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.
Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.
Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.
Terima kasih kepada empunya resepi. Selamat mencuba!
Sumber: Sheena Supramaniam
Leave a Reply