Resepi Chili Oil Asli China, Cicah Apa Pun Sedap, Ratah Camtu Je Pun Ok

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Resepi Chili Oil Asli China, Cicah Apa Pun Sedap, Ratah Camtu Je Pun Ok

Menu makanan cara Cina pasti tidak dapat dipisahkan dengan minyak cili ataupun Chili Oil. Kalau pergi ke kedai makan yang ada menghidangkan masakan Cina pasti akan ada Chili Oil ini.

Bukan sahaja sedap dicicah dengan wantan, mee ataupun bubur tetapi juga sedap diratah begitu sahaja.

Bagaimanapun, banyak Chili Oil di kedai-kedai makan sekarang ini resepinya telah diolah kepada yang lebih ringkas hingga rasanya cuma seperti makan Chili flakes berminyak. Tidak beraroma.

Untuk mendapatkan resepi yang benar-benar asli dari negara China, seorang lelaki berkongsi resepi Chili Oil ini menerusi laman TikToknya. Katanya, resepi tersebut diperoleh daripada saudaranya yang berada di China.

Resepi Chili Oil Padu

Bahan-Bahan Cili

  • Cili Kering Kasar /Cili flakes – 80g
  • Cili Kering Halus – 120g
  • Kacang goreng hancur – 40g
  • Bijan putih – 40g
  • Gula – 1 Sudu kecil
  • Garam – 1 Sudu kecil
  • Minyak masak – 200g

Bahan-Bahan Minyak Beraroma (Semua dip0tong kasar kecuali bunga lawang)

  • Daun ketumbar – 1 ikat
  • Daun bawang – 4 batang
  • Daun salam (bay leaves) –
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bawang merah – 1 biji
  • Bunga lawang – 6 ulas

Cara-caranya;

[1] Masukkan cili kasar dan cili halus serta garam dan gula ke dalam mangkuk.

[2] Tuangkan minyak masak dan kacau hingga sebati

[3] Masukkan bijan putih serta kacang goreng hancur

[4] Siapkan 600g minyak yang dipanaskan di atas api.

[5] Masukkan semua bahan untuk minyak beraroma.

[6] Goreng dengan api sederhana kecil sehingga garing atau berwarna kecoklatan.

[7] Angkat semua bahan digoreng tadi, toskan dan ketepikan.

[8] Masukkan satu senduk minyak panas ke dalam mangkuk berisi cili campuran tadi dan gaul sehingga sebati.

[9] Ulang Langkah [8]. Minyak hendaklah ditambah sebanyak 3 kali.

Kemudian barulah masukkan semua minyak lebihan tadi.

[10] Gaul-gaul lama sedikit sehingga keluar buih-buih atau sehingga anda puas hati.

Siap! Nak makan dengan wantan, dimsum, atau apa pun dah boleh.

Meninjau ruangan komen, ada yang telah mencuba resepi ini dan diakuinya memang sangat sedap. Ratah begitu sahaja pun sedap katanya.

 

Selamat mencuba.

Sumber: TikTok Pocket Doraemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*