Petua Bibir Merah, Hanya Guna Gula Dan Kunyit, Sangat Berkesan!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Petua Bibir Merah, Hanya Guna Gula Dan Kunyit, Sangat Berkesan!

Ketika masih bayi, bibir kita sememangnya diciptakan lembut dan berona merah segar. Seiring waktu, disebabkan pelbagai faktor berbeza, ada yang bibirnya menjadi kehitaman, kering serta pucat.

Mungkin ada yang tercari-cari pr0duk untuk memerahkan semula bibir yang tidak bermaya. Sebenarnya, ada petua mudah sekali hanya dengan menggunakan bahan di dapur iaitu gula atau kunyit.

Meski gula mempunyai tekstur halus, namun ia cukup kasar untuk menjadi agen pengelupasan (exfoliator) yang baik.

Ia mampu menyental sel-sel kulit m4ti daripada bibir anda serta menyerlahkan warna yang lebih segar.

Manakala kunyit pula mempunyai sifat antioksidan. Ia juga bertindak sebagai pencerah bibir.

4 Gabungan Bahan Untuk Merahkan Bibir Dengan Mudah & Berkesan

[1] Gula Dan Mentega

Di sini, mentega berperanan sebagai pelembap bibir serta komponen yang memudahkan proses skrub.

Langkah Penyediaan & Penggunaan;

  1. Campur 3 sudu kecil gula pasir dan 2 sudu kecil mentega, gaulkan hingga sebati.
  2. Kemudian, urut campuran ini pada bibir anda selama 4 – 5 minit dan sapu dengan bersih dan lembut selepas urutan.

Jika anda tidak selesa menggunakan mentega, gantikan bahan ini dengan minyak zaitun, minyak argan atau jeli petroleum seperti Vaseline.

Sekiranya gula pasir terlalu kasar untuk anda, boleh menggunakan gula perang sebagai alternatif kerana ianya teksturnya lebih halus. Sesuai untuk individu berkulit sensitif.

[2] Gula Perang Dan Madu

Langkah-Langkah;

  1. Gaul 1 sudu kecil madu dan 2 sudu kecil gula perang sehingga sebati.
  2. Calitkan campuran paste ini pada bibir anda dan urut pada bibir selama 4 minit.
  3. Kemudian, biarkan selama 10 minit sebagai masker bibir agar madu tersebut dapat berfungsi dengan lebih efektif.
  4. Setelah itu, bersihkan dengan tuala basah. Cara ini boleh diulang 2 – 3 kali seminggu.

Jika tiada gula perang, anda boleh gunakan gula pasir biasa.

[3] Kunyit Dan Susu

Kunyit dan susu merupakan gabungan yang baik untuk dijadikan sebagai masker bibir. Kunyit bertindak sebagai pencerah bibir manakala susu pula sebagai pelembap bibir.

Langkah Penyediaan;

  1. Campur 1 sudu besar serbuk kunyit dan setengah sudu besar susu bersama.
  2. Gaul kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan menjadi paste.
  3. Calit sahaja pada bibir dengan sekata. Biar selama 15- 20 minit.
  4. Kemudian, bilas bibir dengan air suam. Boleh diulang selang sehari.

[4] Kunyit, Gula Dan Madu

Langkah penyediaan;

  1. Campur 1 sudu besar kunyit, 1 sudu besar gula pasir dan 1 sudu besar madu dalam satu bekas.
  2. Gaul hingga sebati. Calitkan pada hujung jari dan sapu pada bibir.
  3. Urut seluruh bibir anda dengan lembut selama 1 minit.
  4. Bilas dengan air suam hingga bersih dan pakai lip balm.

Boleh diulang 2 – 3 kali seminggu.

Cara Lain ; Halia

Selain itu, ada juga yang berkongsi, sental sahaja bibir anda dengan halia. Hiris halia, ambil sekeping dan gosok-gosokkan pada bibir.

Walaupun sedikit pedas, ianya memang berkesan. Kalau tak tahan pedas, guna hirisan halia kecil dan gosok perlahan.

Selamat mencuba.

Sumber: Rapi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*