Ini Cara Bancuh Foam Untuk Hasilkan Sendiri Hot Cappuccino Yang Sedap Di Rumah. Lemak & Berkrim! Rasa Macam Kopi Mahal!
Hasilkan Sendiri Hot Cappuccino Yang Sedap Di Rumah
Anda coffee lover? Banyak habiskan duit beli kopi kat luar? Jom jimatkan duit dengan buat sendiri kopi kat rumah. Leboh jimat! Dalam masa yang sama tetap boleh nikmati kopi yang tidak kalah sedapnya.
Caranya mudah sahaja. Bagi yang suka minum cappuccino panas boleh ikut cara buat kopi yang dikongsikan oleh Safillah Alivi ni. Menurut mereka yang sudah mencubanya, rasa kopi ini memang lazat dan lemak berkrim.
Buat Sendiri Hot Cappuccino Yang Sedap
Terima kasih pada yang share coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee dibuat barista café ternama. Saya buat extra untuk simpan seminggu dalam fridge.
Cara membuatnya :
Masukkan 4 sudu coffee bersama 4 sudu brown sugar dalam bekas ( saya guna nescafe decaf)
Masukkan air panas 4 sudu.
Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan. Putar dalam 5 minit, bergantung pada kuantiti coffee dan gula.
Mix sampai gebu macam ni. Nanti nak guna ceduk saja.
Cara membuat secawan hot cappuccino, panaskan susu segar ( bukan guna susu pekat manis ya). Kemudian ambil sesudu bancuhan kopi kemudian campur dengan susu panas. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni.
Bancuhan atau foam ini tahan seminggu juka letak dalam peti ais dan akan kekal kental jika diputar dengan sempurna.
Selamat mencuba!
Demikin perkongsian bagaimana nak hasilkan hot cappuccino sendiri di rumah. Terima kasih kepada empunya resepi.
Jangan lupa kongsikan resepi ni kepada kawan-kawan korang yang suka minum kopi.
Sumber : Safillah Alivi
Leave a Reply