Cara Buat Sardin Homemade, Bebas Bahan Pengawet, Tulang Pun Lembut.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Sardin Homemade, Bebas Bahan Pengawet, Tulang Pun Lembut.

Sardin adalah hidangan yang pantas dan ringkas. Ianya jadi lauk pilihan yang diburu ketika sedang malas memasak. Sangat mudah menyediakannya apalagi ia sudah tersedia dalam sos yang kental dan sedap.

Sardin dalam tin selalunya disediakan dalam sos tomato maupun sos cili. Terkadang sebahagian orang makan macam itu sahaja atau ada juga yang memasak dengan pelbagai cara masakan terlebih dahulu.

Terdapat banyak jenis sardin yang dijual di pasaran pada masa kini. Ada yang kualiti bagus tetapi mahal, ada juga yang murah yang menjadi pilihan ramai namun kualitinya mungkin rendah.

Apa kata buat sahaja sendiri agar tak ragu-ragu dan rasa lebih yakin akan kebersihan serta selamat dari bahan-bahan pengawet.

Berikut resepinya dikongsikan Eniza M. Salim;

Alhamdulillah. Homemade sardin. First time buat. Puas hati,sedap. Tulang-tulang ikan pun lembut. Saya buat guna resepi ni.

SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo ikan sardin
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecik
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia ~ Tidak payah letak banyak2
  • 3 sudi besar cili kering blender
  • Sebiji tomato dip0tong dadu
  • 5 biji cili dibe,lah 2
  • 4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
  • 1/2 tin tomato puree
  • Garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air ~ikut kepekatan
  • limau nipis 2 biji utk perap

CARA:

[1] Ikan dip0tong ekor n kepala. Bersihkan. Kemudian perap 10 minit dgn 1/2sb garam dan 2 biji limau nipis atau kasturi. Dah perap, basuh semula dan toskan air. Ketepikan.

[2] Blender semua bawang dan halia dan sep0tong dua tomato.

[3] Tumis hingga wangi dalam minyak yang banyak sikit lebih kurang suku cawan.

[4] Dah garing dan wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga betul-betul garing dan pe cah minyak.

[5] Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato p0tong dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati. Rasa lah masin manis dan masamnya.

[6] Kalau dah ok tambah 2 cawan air. Tak payah banyak-banyak sangat.

[7] Kacau sebati dan masukkan ikan.

[8] Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang, tulang dah agak lembut.

[9] Bila dah cukup masa, lepaskan wap tekanan. Ikut arahan pressure cooker masing-masing la ya. Kaknon guna periuk ajaib tu je. Stir fry sikit dalam 2 minit bagi kuah pekat.

Sedia di hidangkan.

Resepi telah di cuba oleh- Eniza M. Salim

Foto- Eniza M Salim

Mudah kan? Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan kepada rakan dan keluarga.

Sumber: Eniza M. Salim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*