Buat Sendiri Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Rahsianya Terletak Pada Bawang Putih! Sedap Hingga MenjiIat Jari

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Buat Sendiri Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Rahsianya Terletak Pada Bawang Putih! Sedap Hingga MenjiIat Jari

Cara Buat Ayam Goreng Viral Lada Putih

Sedap rupanya ayam goreng bawang putih yang tengah viral ni. Sorang tak cukup 4-5 ketul!

Apa kata kita cuba sendiri resipi ayam goreng viral ini. Kalau anda cuba masak ayam goreng ikut cara ni, pasti akan lebih ‘wow’ sebab lagi sedap dari biasa kita goreng tu!

Boleh dikatakan sesiapa saja pandai menggoreng ayam goreng. Dengan hanya meletakkan garam dan serbuk kunyit, terhasillah lauk yang sedap dan ringkas.

Rahsianya terletak pada baawang putih yang dimasukkan ketika ayam sedang digoreng.

Jom ketahui cara lengkapnya yang dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak di bawah.

RESIPI AYAM GORENG VIRAL BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Telur – sebiji*
  • Bawang merah besar – sebiji*
  • Bawang putih – 3 ulas*
  • Halia – 1 inci*
  • Sos tiram – 2 sudu
  • Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)
  • Serbuk perasa dan gula
  • Tepung ubi – 2-3 sudu

Cara-cara:

Sediakan pengisar. Satukan telur, bawang merah, bawang putih dan halia.

Curahkan ke atas ayam.

Tambahkan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.

Gaul rata bersama ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.

Kemudian goreng ayam macam biasa.

Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

Ayam digoreng dua kali untuk supaya lebih rangup. Atau boleh goreng sekali saja sehingga betul-betul garing.

Siap, selamat mencuba!

Terima kasih kepada empunya resepi. Jom share!

Sumber: Novelis Affieyza Isahak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*