6 Resepi Pelbagai PES Masakan Yang Sangat Sedap! Boleh Cuba Untuk Hidangan Hari Raya Nanti
Resepi Pelbagai PES
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper
Pes Ikan B4kar
- Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
- Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
- Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis
- Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
- Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan
- Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
- Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya)
Kuah Black Pepper
- Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
- Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
- Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
- Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
- Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
- Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
- Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
- 1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
- Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
- Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya)
Pes Asam Pedas Tumis
- Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
- Tumis dlm minyak panas.
- Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba
Sumber: Sapina Shahabudin
Leave a Reply