Rawat Muka Kusam, Berjerawat, Berjeragat & Resdung Dengan Masker Kulit Kayu Manis. Haslinya Kulit Jadi Tegang, Lembut & Berseri!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Rawat Muka Kusam, Berjerawat, Berjeragat & Resdung Dengan Masker Kulit Kayu Manis. Haslinya Kulit Jadi Tegang, Lembut & Berseri!

Masker Kulit Kayu Manis Untuk Kulit Kusam, Berjerawat, Berjeragat Dan Resdung

Penggunaan masker kulit kayu manis ini sebenarnya sangat membantu bagi anda yang ada masalah kulit kusam. Tidaklah pakai setiap hari, tetapi bila perlu sahaja.

Jadi bagi anda yang mahu pulihkan kulit yang bermasalah gatal-gatal, dijemput amalkan tip yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini.

Masker Kulit Kayu Manis

Apa kata, sebelum tidur malam ni, pakai masker dari kulit kayu manis Ceylon dan madu dulu.

Ada tak dua bahan ni di rumah? Kalau ada, boleh terus buat malam ni.

Masker ni bagus untuk bersihkan sisa kotoran kulit yang kita dah kumpul dari pagi.

Walaupun hanya duduk dalam rumah, kulit tetap terdedah pada habuk dan debu. Kulit pun jadi kusam macam cendawan tiram.

Petua ini sangat berkesan dan sesuai untuk anda yang da menjejaki umur 40an dan untuk anda yang ada kesan hitam kat muka akibat tersalah guna produk.

Bahan-bahannya :

2 sudu besar kulit kayu manis Ceylon

2-3 sudu besar makan madu asli

Cara Buat Masker :

  • Ambil 2 sudu besar serbuk kayu manis dan 2 sudu besar madu asli.
  • Kacau dalam mangkuk.
  • Sebelum pakai, wapkan muka dengan air panas supaya pori-pori kulit terbuka.
  • Lepas tu, lap muka dan sapu masker tadi.
  • Biarkan 20 hingga 30 minit dan bilas dengan bersih.

Kenapa Guna Kayu Manis Ceylon?

Nak guna kayu manis biasa pun boleh. Tapi kesannya, muka akan rasa terbak4r, pedih dan merah.

Jika menggunakan kulit kayu manis Ceylon, muka tak akan rasa pedih.

Masker kulit kayu manis Ceylon dengan madu ni bukan setakat bagus untuk kulit berjerawat tau. Untuk yang ada masalah resdung pun sesuai sangat.

Biasa yang ada resdung, hidung selalunya jadi gatal-gatal, lepas tu rasa ada benda gerak-gerak atas muka kan. Tapi bila pakai kayu manis Ceylon ni, InshaAllah benda yang merayap tu kurang sebab kulit kayu manis Ceylon ni bersifat 4nti bakteri4.

Jangan tak tahu, ramai bagi feedback kulit makin lembut dan berseri macam baru lepas buat facial.

Biasanya lepas pakai masker ni, muka jadi pinkish sebab reaction daripada kulit kayu manis Ceylon. Ia juga bantu lancarkan darah pada muka kita.

Yang lagi best, kayu manis Ceylon dengan madu mampu bersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi siapa yang ada blackhead halus-halus pada kulit wajah memang sangat disyorkan cuba masker ni.

Betul Ke Berkesan?

Mestilah! Tapi sapu setiap hari dan mesti konsisten ok?

Masker dari kayu manis Ceylon juga mampu tegangkan kulit muka, kecikkan pori, hilangkan jerawat, jeragat dan parut. Ni cara natural.

Kena faham, benda natural memang ambil masa untuk Nampak kesan.

Jadi kena bersabar ok?

Selamat mencuba

Sumber: Puan Noriza Rahman via Rapi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*