Cara Buat Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng. Nasi Goreng Nostalgia Orang Tua Dulu-dulu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng. Nasi Goreng Nostalgia Orang Tua Dulu-dulu

Cara Buat Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng

Siapa pernah makan nasi goreng ni memang bertuah lah. Susah dah nak jumpa nasi goreng ni sekarang. Teringat masa kecil-kecil dulu mak atau nenek selalu buatkan.

Bahan nak buat Cuma cabai kering, bawang dan ikan goreng lebihan semalam tapi rasa dia punyalah sedap. Sampai sekarang teringat-ingat.

Siapa-siapa yang teringin nak rasa kembali nasi goreng nostalgia ni bolehlah buat sendiri. Ikut je cara yang dikongsi oleh Shamshinar Mohd Darus.

Resepi Nasi Goreng Cabai Tumbuk

Bahan-bahan :

  • Nasi sejuk
  • Cili/cabai kering- rendam dengan air panas dan tos
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan goreng – ambil isi ikan sahaja
  • Ikan bilis

Cara-cara :

Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat ( jika guna pengisar rasanya takkan sama).

Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.

Bila Nampak bahan ditumis sudah masak, masukkan nasi sejuk da nisi ikan goreng. Gaul sebati.

Siap boleh hidang.

Info : Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili hidup.

Demikian perkongsian daripada empunya resepi.

Selamat mencuba!

Jangan lupa kongsi..

Sumber: Shamshinar Mohd Darus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*