Cara Buat Biskut Buah Pinggang Semudah ABC! Rangup-rangup Sedap Rasanya…

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Biskut Buah Pinggang Semudah ABC! Rangup-rangup Sedap Rasanya…

Cara Buat Biskut Buah Pinggang Semudah ABC

Kali ni, admin akan up resepi biskut legend iaitu biskut buah pinggang dikongsikan oleh Chef Danial Hadi di laman facebook.

Jom kita selam cara membuatnya:

Assalamualaikum..

Malam ni saya share resepi biskut buah pinggang ye.. Biskut legend org dulu2..

Resepi ni dari seorang kawan saya. Sedap biskut ni, kanak-kanak pun suka.

BISKUT BUAH PINGGANG

Bahan-bahan :

  • 250 gram buttercup
  • 1 cawan gula aising (sy letak 3/4 je)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan tepung naik sendiri – self raising
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan biskut marie yang di kisar halus (saya guna biskut marie munchy’s)
  • 1 cawan cornflakes yang di kisar halus
  • 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung gandum cap ros)

Cara-caranya:

  1. Pukul buttercup dgn gula.. bila kembang masukkan kuning telur & esen vanila.. pukul lagi.
  2. Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung… Kacau guna senduk je @ spatula..
  3. Masukkan biskut marie & cornflakes yang di kisar tadi ke dalam adunan.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit2.. sampai jadi doh yg boleh di canai.
  5. Dah siap uli, canai kan doh & terap guna acuan..
  6. Sapu kuning telur sikit diatas biskut & di tabur dengan cornflakes yang dah di ramas dan b4kar ikut kepanasan oven masing-masing ye..
  7. Dah siap b4kar, boleh lah susun dalam balang (tunggu biskut sejuk dulu ye..)

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Zaleha Yusof via Chef Danial Hadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*