Telur Dadar Rangup Dan Gebu Macam Kat Kedai Thai, Tukang Masak Dedah Rahsia! Sebijik Sama Hasilnya…
Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu
Setiap kali ke kedai masakan Thai, memang wajib order telur dadar dorang yang rangup dan garing!
Macam tak lengkap hidangan kalau tak order sekali telur dadar kat sana. Rupa-rupanya tak susah pun kalau nak buat sendiri di rumah.
Tapi ada tekniknya yang tersendiri. Teknik pula kena betul. Kalau salah cara, memang takkan sama macam di kedai masakan Thai.
Nak tahu caranya?
Jom lihat perkongsian oleh Mazllina Muda di bawah.
Cara Buat Telur Dadar Macam Di Kedai Thai
Bahan-bahan:
2 biji telur
1/4 cawan air sejuk (dalam peti ais)
Secubit garam
Cara-cara:
Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul telur sehingga berbuih banyak. Kemudian masukkan air sejuk dan kacau lagi.
Panaskan minyak.
Tuang telur ke dalam minyak panas yang sangat panas dari posisi yang tinggi.
Bila dah garing, terbalikkan.
Sedia untuk dihidang.
Demikian perkongsian daripada Cik Puan Mazlina Muda.
Korang yang memang suka makan telur dadar macam kat kedai Thai tu boleh la save resepi ni siap-siap. Bila teringin, anytime boleh makan!
Terima kasih kepada empunya resepi!
Selamat mencuba!
Kredit: Mazlina Muda
Leave a Reply