Rupanya Ini Sebabnya Ada Kutu Beras Walaupun Plastik Belum Buka Lagi, Halau Je Dengan Benda-benda Ni
Mengapa Ada Kutu Beras Walaupun Plastik Tak Buka Lagi? Bukan Salah Periuk Nasi, Tapi Ini Sebabnya
Mesti korang pernah terfikir kan kenapa tiba-tiba ada kutu beras walaupun beras baru beli atau tak pernah buka lagi?
Meny4kitkan hati betul. Sebabnya bila je ada kutu beras ni, automatik nasi yang dimasak jadi cepat b4si, lembik lepastu tak sedap.
Nak buang terasa rugi juga sebab beras encik suami yang beli.
Jom ikuti perkongsian Twitter dari Naim AJ Pest ini untuk mengetahui dari mana kutu beras ini datang dalam bungkusan walaupun tak pernah buka.
Serangga jenis Stored Product Pest
Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masaIah yang sudah lama wujud dalam industri pertanian.
Walaupun tidak mambawa bah4ya kepada manusia, kutu ini amat berb4haya kepada bahan pertanian.
Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?
Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras itu sebagai tempat menyimpan telurnya.
Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.
Bila dah sampai tempoh matang serangga, ia akan keluar dari beras kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yg lain.
Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telurnya ke dalam beras yang lain.
Sebab itu, bila kita jarang masak cepatlah ia keluar, yang rajin masak nasi, kutu beras tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.
Dapat lah extra protein gitu. Tapi tak jadi masaIah kalau termakan telur kutu beras ni.
Macam mana nak seIamatkan beras anda daripada terus dimakan oleh golongan kutu beras ini?
- Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.
- Beli beras daripada kedai yang sentiasa mendapat bekalan baru.
- Simpan beras di tempat kering dan kedap udara.
- Masukkan daun pandan, cili kering atau tumbuhan herba tidak berb4haya yang mempunyai bau yang kuat ke dalam beras berkutu.
- Basuh beras berulang kali supaya beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan.
Jadi selepas ini tiada lagilah isu dalam mengawal kehadiran kutu dalam beras kan?
Dengan beberapa langkah mudah dan teknik pembasuhan beras yang betul, anda boleh mengelakkan diri daripada terjumpa serangga ini ketika menyuap nasi.
Selamat mencuba!
Sumber: Naim AJ Pest via Myresepi
Leave a Reply