Resepi Donut Kampung Tanpa Serbuk Penaik & Ovalette. Hasilnya Sedap, Lembut & Gebu!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Resepi Donut Kampung Tanpa Serbuk Penaik & Ovalette. Hasilnya Sedap, Lembut & Gebu!

Cara Buat Donut Kampung Yang Gebu, Tak Perlu Guna Serbuk Penaik & Ovalette

Tengah mencari resipi donut kampung yang gebu, mudah dan sedap tanpa guna banyak bahan? Resipi ini khas untuk anda.

Tak perlu guna serbuk penaik, tak guna ovalette dan paling penting, tak guna banyak bahan. Tapi hasilnya donut tetap gebu elok macam dalam gambar ni!

Kalau nak tahu cara-caranya, jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Saudari Norhidayah di bawah.

Selamat mencuba!

Resipi Donut Kampung Gebu

Bahan-bahan:

1 paket yis 11g

3 sudu besar susu pekat

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

Segelas air suam

Tepung gandum 850g (saya guna Tepung Rose, masuk sepaket)

4 sudu besar Planta

Cara-cara:

Dalam mangkuk satukan yis, susu pekat, gula, garam dan air suam. Kacau rata, ketepikan dan biarkan sehingga naik buih.

Campurkan tepung gandum dan planta. Gaul sampai jadi macam serbuk roti.

Tuangkan air yis yang sudah berbuih. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

Sapu minyak pada bekas doh supaya tak melekat. Letakkan doh dan tutup. Ketepikan sehingga kembang dalam anggaran 30 minit.

Bila doh dah kembang, tumbuk manja. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan. Timbangkan doh jika nak bentuk sama.

Lapik dengan kertas supaya doh tak melekat. Kalau tak guna kertas, tabur tepung pada bahagian bawah.

Doh mengembang, tekan sikit dan lebuk lubang menggunakan nozel saiz paling kecil.

Biarkan doh rehat sekejap dan sedia untuk digoreng.

Gaulkan dengan gula aising dan sedia untuk dihidang!

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*