Malam Pakai Tomato, Siang Pakai Tepung Beras. Begini Caranya… Cantik Cara Jimat!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Malam Pakai Tomato, Siang Pakai Tepung Beras. Begini Caranya… Cantik Cara Jimat!

Malam Pakai Tomato Kisar Dan Siang Pakai Tepung Beras

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai antara kita memilih untuk cantik tetapi dengan cara jimat. Bukan sayang nak beli skincare tapi agak susah untuk mencari produk yang serasi dengan kulit wajah. Paling s3ram kalau tersilap pilih produk yang mengandungi bahan kimi4 terIarang. Dah la duit habis, kulit muka pun boleh r0sak.

Oleh itu, untuk lebih seIamat, lebih baik guna bahan semulajadi dan cuba buat sendiri di rumah. Wajah pun kekal awet muda. Alah, memang orang dulu-dulu pun jaga muka dengan cara ni sahaja. Pusing-pusing bahan yang sama cuma cara sahaja yang berbeza.

Petua cantik tapi jimat yang kali ini adalah daripada perkongsian oleh Puan Shafinaz Johari. Terima kasih pada empunya petua.

Nampak gayanya ada dua bahan berbeza untuk pagi dan malam. Jom baca!

Cantik Cara Jimat

Saya memang jenis suka makan sayur, khasiat sayur dan buah-buah cukup bagus untuk kulit.

Kalau saya beli lebih tomato dan timun, saya selalu kisar hancur macam ni.

Selepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. Saya buat masker muka. Boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih.

Kalau tomato, lepas kisar hancur, letak tepung beras.

Pakai waktu siang buat bedak sejuk muka.

Hasilnya , muka akan tegang, licin dan jerawat pun tak ada.

Kalau timun pula kisar sahaja, simpan dalam peti sejuk dan pakai pada muka pada waktu malam.

Waktu pakai masker ni lah masanya untuk rehatkan minda.

Bagi saya, tak perlu pakai produk mahal dan yang kadang belum tentu serasi dengan kulit wajah. Amalkan sesekali macam ni pun dah cukup bagus.

Semoga bermanfaat buat anda semua.

Jom cantik bersama.

Selamat mencuba!

Sumber : Shafinaz Johari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*