Ini Cara Mudah Buat Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa Berperisa Pandan Horlicks. Cantik dan Sedap. Confirm Jadi!
Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa Perisa Pandan Horlicks
Korang pernah tak cuba kuih penyaram perisa pandan horlick? Memang nampak unik dan cantik warnanya dari jauh. Teringat masa kecil-kecil dulu selalu beli kuih penyaram ini di pasar malam.
Kuih ini memang ada pelbagai nama. Ada yang panggil kuih penyaram, kuih topi ataupun cucur jawa.
Resipi unik kali ini telah dikongsikan sendiri oleh Ezraa Laa menerusi laman Facebook. Nampak mudah dan boleh dibuat sesiapa sahaja.
Tapi kalau silap bancuh, silap cara goreng, memang tak menjadi. Jadi memang kena ikut betul-betul resipi yang dikongsikan ini.
RESIPI KUIH PENYARAM PERISA PANDAN HORLICK
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlick
1 1/2 cawan air
2 sudu pes pandan
Cara penyediaan:
- Campurkan kesemua bahan sehingga bercampur rata dan sebati. Gaul menggunakan hand whisk atau senduk.
- Pastikan adunan betul-betul digaul sebati. Kemudian, perap kira-kira 4 jam. Tak perap pun tak apa, boleh terus goreng.
- Kalau perap lama, makin cantik topi kuih penyaram ini.
Cara-cara mengoreng:
- Gunakan kuali melengkung.
- Minyak jangan terlalu sedikit, jangan terlalu banyak. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan adunan.
- Gunakan api perlahan, dari awal menggoreng sehingga siap.
Mudah je kan! Senang nak faham resipi yang dikongsikan ini. Kalau tak dapat buat sekarang, simpan dahulu supaya senang untuk korang rujuk nanti.
Terima kasih kepada empunya resepi. Selamat mencuba!
Sumber: Ezraa Laa
Leave a Reply