Cara Buat Kek Pandan Kampung B4kar Atas Dapur Gas Sahaja

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Kek Pandan Kampung B4kar Atas Dapur Gas Sahaja

Tak muak dimakan dan tetap sedap walau tanpa cheese mahupun krim. Itulah kek pandan resepi kek kampung.

Meski sudah banyak pilihan kek pada zaman ini dengan pelbagai olahan resepi moden, tetapi biasanya kek kampung tetap menjadi pilihan hati.

Antaranya adalah kek pandan kampung. Hendak dibuat pun mudah, tanpa menggunakan oven, boleh dimasak di atas dapur gas sahaja.

Cara ini dikongsikan oleh Puan Azrina Ina. Berikut caranya;

Bahan-Bahan

Sukatan cawan:

  • 5 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula halus (kalau suka manis blh tambah)
  • 1sb ovelate
  • 1/2 cawan santan pekat kara

Sedikit pewarna hijau epal

Sedikit perisa pandan

*1 1/2 cawan gandum

*1 sk baking powder

*1/2 cawan tepung jagung

(bahan bertanda diayak ye)

200G unsalted butter lurpark dicairkan (Sy guna buttercup aje)

Cara-Caranya

[1] Masukkan semua bahan2 (a) kat atas kemudian aduk guna mixer sampai gebu

[2] Kemudian masukkan butter (suam) yang dah dicairkan..kacau sebati guna senduk aje ye

[3] Lapik periuk guna pelapik besi kemudian letakkan loyang kek di atasnya..

 

[4] Bakar dengan api kecil dlm 45 minit

*JANGAN LETAK AIR DLM PERIUK YE NNT JD KEK KUKUS PULA.

Hasilnya, menjadi! Memang menyelerakan.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber: Azrina Ina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*