Tips Pokok Lemon Cepat Berbuah! Tak Perlu Baja, Siram Dengan Air Ini Sahaja.
Tips Pokok Lemon Cepat Berbuah
Pasti ramai yang cuba menanam sendiri pokok lemon di rumah memandangkan kegunaannya yang pelbagai dan juga kerana harganya yang semakin mahal .
Cuma yang seringkali dirungutkan apabila pokok ini lambat berbuah.
Bertahun-tahun tanam tapu tak juga Nampak hasilnya. Ia selalunya berlaku pada pokok yang disemai melalui biji benih.
Jika nak hasil yang lebih cepat sebaiknya tanam daripada pokok tut.
Tak sampai setahun, pokok lemon dah mengeluarkan hasil seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.
Tanam Pokok Lemon Tut, Setahun Dah Berbuah
Menurut wanita yang bernama Siti Hazel, kaedah tut pokok lemon ini tidak dibuat sendiri sebaliknya dibeli secara dalam talian sahaja. Menariknya tanpa baja, pokok tetap berbuah selepas setahun.
Ini antara tip penjagaan pokok lemon yang dikongsi :
- Pokok ini ditanam dalam pasu sahaja, nisbah media, tanah 3 pasir 1
- Ramai yang Tanya baja apa saya guna. Saya tak pakai apa-apa baja, Cuma siram air yang banyak pagi dan petang termasuk air beras seminggu dua atau tiga kali.
- Pangkas juga daun-daun pokok lemon supaya pokok cepat berbuah
- Buah yang dihasilkan isinya berair, sedap, tak masam sangat
Demikian perkongsian daripada Siti Hazel.
Korang yang berminat nak tanam sendiri pokok lemon kat rumah bolehlah ikut tip daripada wanita ni. Penjagaannya pun tak susah sangat. Hasil pun memuaskan!
Selamat mencuba!
Sumber : Siti Hazel via Vanillakismis
Leave a Reply