Tak Perlu Bayar Mahal, Hanya Guna 3 Bahan Di Dapur Ini Untuk Cantikkan Kuku.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tak Perlu Bayar Mahal, Hanya Guna 3 Bahan Di Dapur Ini Untuk Cantikkan Kuku.

Wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan diri. Sanggup berhabis untuk mendapatkan kulit yang cantik, bersih dan berseri. Bukan hanya kulit semata, kuku pun kalau boleh nak sihat berkilat sepanjang masa.

Tetapi, bukan semua wanita mampu untuk pergi ke spa untuk mendapatkan rawatan. Ada cara yang lebih jimat namun berkesan.

Hanya guna bahan di dapur sahaja iaitu bawang putih, kulit tembikai dan juga limau atau lemon.

Ikut cara ini.

Cantikkan Kuku Guna 3 Bahan Di Dapur

[1] Bawang Putih

Kupas bawang putih dan bersihkan.

Tumbuk lumat dan gosokkan ke atas kuku.

Biar seketika.

Kemudian cuci dengan air bersih.

Kuku akan jadi lebih berkilat dan dalam masa yang sama kandungan yang ada di dalam bawang putih ini boleh menguatkan struktur kuku juga.

[2] Kulit Tembikai

Mungkin ramai yang kurang tahu. Kulit buah tembikai juga boleh memberikan kesan kuku yang lebih bersih dan berkilat.

Caranya, gosok sahaja bahagian dalam kulit tembikai ke atas kuku.

Biar kering kemudian cuci dengan air bersih.

[3] Limau Nipis / Lemon

Hiris beberapa keping limau nipis atau lemon.

Gosok-gosok ke atas kuku dan biarkan selama beberapa minit.

Kemudian bilas dengan air.

Amalan ini juga boleh membantu menghilangkan warna kuku yang kekuningan. Hasilnya kuku kelihatan cantik dan sihat.

Selain itu makanlah makanan yang berkhasiat.

Sebenarnya amat mudah bukan untuk cantikkan kuku. Tidak perlu berhabis wang di Spa atau mengeluarkan bayaran mahal untuk membeli pr0duk kuku pun. Guna sahaja bahan-bahan alami. InshaAllah menjadi.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber : Keluarga / Rapi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*