Nak Cantik Sanggup Sakit, B4haya Pemakaian Korset Ketat!
B4haya Pemakaian Korset Ketat!
“Haa, lentok elok badan aku ni pakai korset..”
Memang cantik bila lihat tubuh badan kita berbentuk seperti model dan nampak lekuk pinggang bukan? Namun, tahukah anda bahawa pemakaian korset ketat dalam tempoh yang panjang adalah bah4ya dan menjejaskan kesihatan organ dalam kita.
Mungkin kata orang ‘beauty is p4in’ yang menyebabkan ramai tidak ambil kisah dengan hal ini dan hanya memandang dari sudut kecantikan sahaja.
PEMAKAIAN KORSET, LEBIH KETAT LEBIH BAHAYA
“Tengok, makcik sekarang dah ada pinggang”
Semalam terlihat fyp promosi pemakaian bengkung. Tak cukup 1 lapisan, ada 1 lagi lapisan bengkung untuk lebih ketat.
Ramai yang sangka dengan pemakaian bengkung/ korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah s4kit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pes4kit tuIang belakang).
Pemakaian korset juga akibatkan tuIang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masaIah pernafasan kr0nik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala G3RD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran da4rah ke 0rgan penting akan terganggu.
Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja (no problem setakat nak pakai kebaya) Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu pender4an dan pengin4yaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
ADA BEZA KE BENGKUNG DAN KORSET?
Ianya dua benda yang sama berkongsi konsep. Korset adalah hasil idea daripada Barat. Pemakaian korset lebih agr3sif kerana ia mempunyai besi di bahagian tepi abdomen dan meliputi sehingga dada, serta tidak mengikut bentuk badan secara semula jadi.
Manakala bengkung lebih kepada tradisional Melayu yang menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk bertungku dan sebagainya, diperbuat daripada kain semata-mata dan mengikut bentuk badan si pemakai.
Sumber: Public Health
Leave a Reply