Cara Buat Dodol Kukus, Kuih Tradisional Terbaik Sepanjang Zaman

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Buat Dodol Kukus, Kuih Tradisional Terbaik Sepanjang Zaman

Cara Buat Dodol Kukus

Siapa pernah makan kuih ni?

Kuih ini dikenali sebagai kuih dodol kukus iaitu kuih tradisional Pahang.  Pasti ramai yang tidak tahu resepi dan cara membuatnya.

Oleh itu, pada artikel hari ini, min akan kongsikan cara membuat kuih dodol kukus seperti yang dikongsikan semula oleh Puan Saadiah Ahmad. Terima kasih kepada empunya resepi.

Bahan A

  • Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak
  • Sedikit garam

Cara Buat Taik Minyak :

Santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B

Daun pisang dilayur supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol.

Bahan C

  • Satu cawan gula merah
  • Setengah cawan gula pasir
  • Satu cawan air

Satukan semua bahan C ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan.

Bahan D

  • Dua cawan tepung pulut
  • Satu sudu tepung ubi
  • Satu setengah cawan santan lebih kurang 1.5 cawan

Masukkan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C ketika suhunya masih suam-suam.

Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapiskan..

Cara-cara Buat Dodol Kukus :

Panaskan periuk kukus.

Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang

Tuangkan adunan ke dalam Loyang yang sudah dialas dengan daun pisang.

Kukus sampai masak lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Dah siap, taburkan taik minyak atas dodol kukus. (Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin dan tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula.)

Sekian dan selamat mencuba!

Sumber : Puan Saadiah Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*