Petua Ayam Golek Manis, Sedap Dan Berkilat Elok Bila Bakar Atau Golek! Buat Rempah Ini
Jika ke bazar ramadhan khususnya, ayam golek merupakan antara menu yang dicari untuk santapan berbuka puasa bersama keluarga.
Namun, tidak semua individu rajin untuk ke bazar ramadhan kerana kesesakannya selain daripada lebih suka menyediakan sendiri makanan berbuka di rumah.
Oleh itu, dalam artikel pada hari ini, min akan kongsikan resepi ayam golek resepi daripada ibu kepada Aini Salwa Binti Remely.
Terima kasih kepada empunya resepi.
AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA
Resepi ini anggaran sahaja sebab jika ikut nisbah mak buat, 3 guni bawang untuk satu periuk besar, buat niaga.
So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat untuk 2 ekor ayam ye..
Bahan-bahan rempah :
- Bawang merah bombay -10 biji
- Bawang putih – 1 labu
- Halia- seketul (saiz 2x ibu jari)
- Serai – 5 batang
- (semua ni blend)
- Serbuk kunyit – 2sudu kecil
- Gula melaka – 2 ketul ( mak pkai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual )
- Garam 3 sudu kecil
Masak smua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)..rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye. Sebab tu ayam elok brkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.
Sos Cicah :
- Cili kering 10 biji- rebus dan blend
- Bawang putih bakar 5 ulas – blend
- Cuka – 2 sudu kcil
- Gula- 3 sudu besar
- Garam- 1 sudu kecil
- Tepung jagung – 1 sudu besar
Masak semua dengan air ,dah didih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap!
Bila sos dah sejuk, tambah kacang tanah tumbuk dan bijan dalam sos.
Maaf lewat bagi resepi.. Ni mak saya Niaga ayam golek. Memang ada mesin khas..
Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven seekor terus atau potong-potong, belah bakar macam Bbq.
Selamat mencuba!
Kredit Resepi : Aini Salwa Binti Remely
Leave a Reply