
Buat Sendiri Ikan Pekasam Di Rumah, Peram 2 Minggu Dah Boleh Goreng Terus
Ikan pekasam sememangnya mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ia sangat terkenal di utara dan pantai timur namun lebih dikenali di negeri Perak.
Cara membuatnya lebih kepada peram ikan seberapa lama dan kemudian goreng.
Di sini min kongsikan salah satu resepi yang terkenal iaitu ikan gelama pekasam homemade.
Bahan-bahan perapannya sikit je. Lagi lama diperap sebenarnya lagi sedap. Tapi kalau dah perap dua minggu sebenarnya dah boleh goreng.
Rasa ikan pekasam ni lebih kepada masin dan masam. Sebab diperam dengan garam.
Ikan pekasam ni tahan lama sampai bertahun pun boleh tahan. Biasanya cara goreng ialah dengan bawang besar hiris dan cili padi dalam minyak yang banyak. Aromanya memang mengancam. Sekali kalau korang cuba memang confirm repeat.
Di kedai-kedai runcit melayu memang dah banyak jual ikan pekasam. Kebanyakannya menggunakan ikan sungai. Tapi tak semua pengusaha kadang-kadang tu sedap dan dijamin bersih pekasamnya.
RESIPI IKAN GELAMA PEKASAM
Kalau buat sendiri ni lebih puas hati kan. Resipi kali ni dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadilah Sari. Dia menggunakan ikan laut iaitu ikan gelama. Nampak menarik untuk dicuba.
Bahan utama:
Ikan gelama (ikan laut). Kalau nak buat ikan sungai boleh buat dengan ikan puyu, sepat dan lain-lain lagi.
Bahan cuci ikan:
- Tepung gandum
- Asam jawa
- Garam
- Cuka makan
Cara cuci ikan:
1. Siang dulu ikan, kemudian cuci bersih.
2. Selepas tu lumurkan dengan tepung dan air asam jawa. Perap sekejap dalam 10 minit.
3. Kemudian cuci sekali lagi dan toskan.
Bahan-bahan perap:
Garam kasar secukupnya (agak-agak kuantitinya, janji jangan terlampau masin sangat)
Beras (dicuci bersih, kemudian disangai sampai kekuningan. Lepas tu kisar lumat)
Cara buat ikan pekasam:
1. Sediakan balang dan taburkan sedikit garam kasar di dasar balang.
2. Ikan yang telah ditoskan digolek-golekkan dalam garam kasar dan juga beras yang telah dikisar lumat tadi.
3. Sumbat juga garam dan beras dalam perut ikan.
4. Lepas tu masukkan dalam balang dan susun satu persatu ikan.
5. Tutup rapat-rapat dan peram sekurang-kurangnya 2 minggu. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.
6. Lepas 2 minggu tu bolehlah goreng ikut resepi masing-masing.
7. Sebaiknya simpan ikan pekasam ni dalam peti ais supaya lebih tahan lama.
Cara goreng ikan pekasam ni ikut resipi apa yang korang suka. Tapi sebenarnya lebih sedap kalau goreng hirisan bawang dan cili sehingga garing dulu. Lepas dah garing baru masukkan ikan pekasam.
Cara goreng pun perlu gunakan api yang kecil je supaya masak sekata. Mudah je kan. Tapi rasanya cukup mengancam bila makan dengan nasi panas-panas.
Masa hidang tu, nak perahkan sikit limau atas ikan pun boleh juga sebagai penambah rasa. Bolehlah nanti anda cuba buat sendiri ikan gelama pekasam homemade ni. Rasai sendiri kenikmatannya.
Selamat mencuba!
Sumber : Nurul Hawa Nadilah Sari
Leave a Reply