Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak, Topping Lembut Dan Texture Licin

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak, Topping Lembut Dan Texture Licin

Seri muka merupakan antara kuih wajib yang menjadi pilihan ketika mengadakan apa-apa acara sebagai pemanis mulut.

Berikut merupakan resepi kuih seri muka istimewa yang dikongsikan oleh seorang pengguna social media Facebook di Page Masak Apa Hari Ini ( MAHN ). Ikuti perkongsiannya :

Resepi kuih seri muka , resepi mak Mr.Ali ( edisi topping lembut)

Harap hampa sudi la send ♥ dekat mak saya..

Jom study! InsyaAllah sy guide supaya hampa senang faham naa..

LOYANG PETAK 8 INCI ( lapik plastik)

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam
  • ( Dah masukkan garam terus asingkan : 2 cawan untuk pulut, 2 cawan untuk topping)
  • 5-6 helai daun pandan
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum.

Cara- Cara :

BAHAGIAN PULUT

4 cawan beras pulut ( dibasuh) . Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit

Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan  kukus selama 30 minit .

BAHAGIAN TOPPING

Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis (akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan.) Ketepikan..

Seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan:

1 cawan gula,

1 cawan tepung gandum

2 cawan air pandan yang kita buat tadi .

2 cawan santan pekat

Kacau bahan2 diatas ni sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau & 1 sudu kecil pewarna kuning.

Kacau sebati. Ketepikan..

Ok pulut tadi selepas kuku 30 minit masukkan  2 cawan santan pekat tadi ( baca balik bahagian bahan-bahan. Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam)

Ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.

Sementara itu ambil topping dah siap tadi tapis dan masakkan atas 4pi perlahan sampai berwap atau ade sedikit gumpalan. Anggaran atas api hanyalah 2 minit. Ingat 4pi perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping. (Tips)

Off api dan tuangkan keatas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. Api perlahan. Kalau 4pi kuat topping akan jadi berkedut. (Tips)

Balut penutup dengan kain agar wap tak jatuh atas topping tadi..

Dah masak sila sejukkan dulu selama 20 minit  dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan  pot0ng ikut kreativiti hampa.

P0tong pakai pisau plastik dan layangkan atas toping perlahan-lahan baru p0tong. Jangan p0tong panas-panas satgi tak cantik.

Selamat mencuba semua!

Sumber : Mr.Ali via Page Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*