Rahsia Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ket4gih

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Rahsia Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ket4gih

Jeruk Mangga Asam Boi antara jajan (snek) yang amakt sinonim dengan rakyat Malaysia. Rasanya yang pelbagai seperti masamnya, pedasnya, manisnya membuatkan ia sangat digemari. Jadi tak pelik pun snek ini dijual di merata-rata tempat termasuk di lampu trafik.

Nak membuatnya pun sangat mudah, lebih jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak. Boleh adjust rasanya ikut selera maing-masing. Berbaloi sungguh makan hasil air tangan sendiri sambil menonton TV.

Jom kita tengok resipi dari perkongsian Sham Sabri ini yang menghasilkan Jeruk Mangga Asam Boi yang sedap.

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

Tengok gambarnya saja dah buat min terliur.

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 5-6 biji cili api – boleh kurang/tambah
  • 3-4 sudu besar gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan air aiskrim soda

Cara menyediakannya:

  • Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan
  • Masukkan ke dalam balang
  • Campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi dan air aiskrim soda.
  • Simpan dalam peti ais semalaman bagi pemprosesan jeruk berjalan.
  • Lepastu siap dan boleh dimakan.

Siapa yang rajin buat dalam kuantiti banyak tu boleh buat berniaga terus. Confirm laku keras!

Selamat mencuba!

Sumber : Sham Sabri Via My Resepi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*