Resepi Biskut Mewah Chocolate Crunchys Almond Viral, Boleh Buat Niaga!

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Resepi Biskut Mewah Chocolate Crunchys Almond Viral, Boleh Buat Niaga

Semua ok ke tu. Belum pun puasa kami production dah closed oder ya.. Semua boleh cari agent. Untuk borong-borong semua tutup dah. Terlampau banyak oder dah huhu…

Mak halal kan korg buat tuk niaga ya.

Mana yang nak buat sendiri ni untuk makan-makan, resepi dalam 3 balang macam tu. Isi 30 pieces.

Resepi Biskut Chocolate Crunchys Almond

Bahan-bahan:

  • 250g butter pure butter ( mak guna brand Lurpark )
  • 1 cawan gula perang
  • 1 penutup coklat emulco
  • 3 sb serbuk koko
  • 1 biji telur gred B
  • 1sk baking powder
  • 1/2 sk soda bicarbonat
  • 1 sk emplek
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan 1/2 tepung jagung
  • Badam 1 cawan siap bakar
  • Coklat chips 1/2 cawan

Resipi Biskut Raya: Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Cara-cara :

  • Masuk kan dalam bowl
  • Butter+gula+emolco coklat+telur+ kacau sebati
  • Masuk kan minyak kacau rata..
  • Masuk kan susu tepung dan semua bahan penaik tu
  • Masukkan tepung jagung dan kacau sebati
  • Masukkan juga tepung gandum sedikit Demi sedikit
  • Akhir sekali, boleh masukkan badam dan coklat chips
  • Gaul-gaulkan hingga semua tercampur rata
  • Doh tak lembik tak keras
  • Masuk piping beg gunting piping beg sebesar duit 20 sen
  • Paip dan tekan dgn jari

Panas kan oven dan bakar suhu 160 masa 20-25 mnt

Siap untuk di susun. Selamat mencuba!

sumber : Azlina Ina Fans

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*