Dijamin Empuk! Ini Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini Sahaja

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Dijamin Empuk! Ini Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini Sahaja

Daging sememangnya menjadi antara makanan kegemaran ramai tapi boleh jadi spoiI mood kalau dagingnya Iiat, susah bila nak kunyah. Dah la liat, suka menyangkut celah gigi pulak tu.

Walaupun sudah menggunakan bermacam petua namun masih tidak berkesan untuk lembutkan daging. Reneh berjam pun daging tetap Iiat.

Oleh itu, di artikel kali ini, admin akan kongsikan satu petua lembutkan daging yang gerenti menjadi!

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Mahamidah Hamdan atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ida telah menurunkan petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.

Jom lihat perkongsian lengkap oleh Cikgu Ida di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara nak empukkan daging. Mudah dan berkesan! Semoga bermanfaat!

Petua Mudah Lembutkan Daging

Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu orang rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.

Caranya:

Letak 2 sudu je minyak. Panaskan minyak.

Masukkan daging.

Air akan keluar dengan sendiri dari daging itu.

Cikgu gunakan api yang kuat.

Kacau sekali sekala je daging tu, masak sampai air kering.

Bila sudah hampir kering, baru kacau banyak kali.

Bila air dah kering, maka lembutlah daging tu. Daging empuk dan lembut, mudah dan simple je.

Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi. Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu ida.

Dah baca, jangan lupa save atau kongsikan dengan yang lain. Biar sama-sama tambah ilmu.

Selamat mencuba!

Kredit: Mahamidah Hamzan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*