‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur

BERKULIT putih, rambut perang dan bermata kelabu keperangan, membuatkan dua beradik ini sering dianggap sebagai anak orang Inggeris atau ‘mat saleh’ disebabkan keadaan fizikal semula jadi mereka.

Begitupun, hakikatnya itulah anugerah terindah pengh1dap peny4kit Albino.

Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok yang dikongsi oleh seorang ibu yang memiliki dua anak ‘mat saleh’.

Rakaman yang dimuat naik menerusi akaun @eyda_razak sehingga kini sudah ditonton lebih 1.1 juta orang.

Wanita yang dikenali sebagai Eyqa atau Atika itu mended4hkan perihal dua anak perempuannya yang disahkan mengh1dap albino sejak dilahirkan.

GENETIK ALBINO

Menurut Atika, beliau pada awalnya hanya menyangka anak sulungnya, Aisyah Amani, 2, sahaja yang berdepan dengan albino.

Pun demikian, percaturan ALLAH tiada siapa dapat menduga.

Anak keduanya, Arissa Amanda yang kini 9 bulan juga mempunyai genetik albino seperti kakaknya.

Mengulas pertanyaan warga maya menerusi ruangan komen sama ada keluarga mereka mempunyai genetik begini, Atika memaklumkan, sehingga kini sebelah keturunannya belum ada yang mempunyai gen berkenaan.

“Sebelah suami saya, Mohd Akmaludin Mohd Noh belum lagi kami kaji (salasilah) nenek moyangnya. Pun begitu, rasanya memang tidak ada genetik albino,” ujar Atika sambil mengakui reda dan bersyukur dikurniakan anak yang sihat dan membesar tanpa sebarang masalah.

Perkongsian tersebut memang meraih perhatian ramai. Rata-ratanya memuji akan kecomelan dua beradik ini.

Berikut antara petikan kata-kata warga maya:

“Albino ini cantik. Walaupun orang cakap itu kekurangan tetapi saya suka tengak. Cantik!”

“Albino itu keistimewaaan bukan kec4catan. Alhamdulillah, yang penting sihat.”

“Comelnya, ALLAH SWT tu MAHA ADIL kan…DIA bagi adik sama macam kakak. Jadi, kakak tidak rasa diri lain daripada adik. Semoga kedua-duanya membesar dengan baik.”

“Rezeki pemberian ALLAH. Semoga dipermudahkan urusan dan sihat-sihat selalu anak-anak puan.”

“Albino ni umpama dimple, kekurangan yang sangat cantik. Suka tengok cantik, sampai saya pun teringin nak anak albino.”

Sumber: TikTok via https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*