[Video] Terkej4r-kej4r nak pergi konvo, graduan UiTM ini minta tolong akak Rela… Paling comel siap pakaikan helmet
KONVOKESYEN adalah ‘hari kemenangan’ untuk seorang pelajar.
Pastinya apa yang terbayang ialah untuk menjejakkan kaki ke dalam dewan keramat dengan diiringi ibu bapa tersayang.
Namun begitu, lain ceritanya untuk wanita ini apabila dia pergi ke dewan konvokesyen dengan ditemani petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Dalam satu video tular di TikTok, dapat dilihat graduan lengkap berbaju kurang dan berjubah konvokesyen itu membonceng motosikal yang ditunggang oleh petugas Rela.
Difahamkan konvokesyen itu berlangsung di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam.
“Yang naik motosikal dengan Rela tu adik saya. Saya tukang rakam. Dia kena masuk dewan sebelum pukul 1:30 petang.
“Jadi dia bagi anggaran nak kena sampai sana dalam pukul 12:50 tengah hari supaya ada masa lebih untuk masuk dewan.
“Kami bertolak dari rumah di Setia Alam, Bukit Raja dalam pukul 12:30 tengah hari. Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kampus.
“Tetapi rupanya kami tersilap percaturan. Nak masuk pintu pagar UiTM tu jalan dah sesak habis,” ujarnya yang tidak menyangka dengan situasi itu.
Kesesakan trafik bermula dari luar pintu pagar kampus kerana waktu puncak dan terdapat banyak sesi konvokesyen yang berjalan secara berterusan,
“Traffic light pertama dekat simpang empat tu pun dah penuh dengan kereta. Apabila kami masuk dalam dah agak lewat sebenarnya.
“Tapi kami sedapkan hati cakap belum pukul 1 petang, jadi masih sempat. Tapi apabila dekat bulatan pintu belakang UiTM tu, trafik memang tak bergerak langsung.
“Kami tersekat dekat situ. Kami cuba jalan lain. Rupanya satu kampus tu memang jammed. Tak kisah la ikut jalan mana pun,” kata wanita itu.
Keadaan di dalam kampus yang sesak ketika hari konvokesyen.
Wanita itu menjelaskan ia berkemungkinan berpunca dari pertembungan sesi konvokesyen pagi yang baru selesai dan sesi konvokesyen petang yang baru hendak bermula.
Keadaan yang semakin mendes4k memaksa mereka berfikiran kritis untuk mencari jalan keluar daripada situasi itu.
“Kami mula rasa macam tak sempat ni. Nak suruh adik jalan tak boleh sebab tengah panas dekat luar, mesti cair mekap dia.
“Lagipun memang jauh jarak dari tempat kami waktu tu nak ke dewan. Tiba-tiba kami ada terdetik kenapa tak minta tolong motosikal yang tengah lalu-lalang tumpangkan,” ceritanya.
Momen petugas Rela memakaikan topi keledar membuatkan ramai tersenyum lebar.
Pada saat itu juga kelihatan seorang petugas Rela sedang berada di simpang jalan dengan motosikalnya dan mereka mula mendekatinya.
“Kami tebalkan muka dan tanya sama ada boleh tolong hantarkan dengan naik motor dia.
“Akak Rela tu sporting dan dia terus setuju.
‘Alhamdulillah berkat akak Rela tu tolong, adik saya sampai on time, sempat naik pentas ambil skrol,” katanya bersyukur.
Wanita itu menyelitkan nasihat kepada sesiapa yang akan menghadiri istiadat konvokesyen untuk datang sekurang-kurangnya dua jam awal.
Para graduan dinasihatkan supaya datang lebih awal sebelum masa yang ditetapkan.
“So siapa yang nak konvokesyen tu jangan lambat. Kalau boleh sejam atau dua jam awal datang. Sebab dekat dalam tu mesti jammed,” nasihatnya.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya berterima kasih kepada petugas Rela itu dan mengatakan ini adalah kenangan yang manis yang hanya datang sekali.
“Alahai, buat hal pun comel. Cute sangat akak Rela tolong pakaikan helmet.
Belanja akak Rela makan sedap sebab dia tolong. Betul-betul kenangan ini, tahniah.
“Tahniah, ini baru betul kenangan manis. Boleh cerita sampai anak cucu,” kata sebilangan warga maya.
Video:
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply