Oyen tangisi pemergian tuan. “Dia tahu dia sudah tak boleh lihat arwah”. Tidur pun di bantal tuannya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Oyen tangisi pemergian tuan. “Dia tahu dia sudah tak boleh lihat arwah”. Tidur pun di bantal tuannya

Penerimaan bahawa insan kesayangan kita telah meninggalkan kita selama-lamanya di dunia ini bukanlah satu situasi yang mudah. Bahkan haiwan turut berhadapan dengan keadaan sama.

Seekor kucing jingga atau lebih terkenal dengan jolokan ‘Oyen’ di Indonesia nampaknya tular di TikTok setelah kematian tuannya.

Ini kerana, kucing tersebut yang dikenali sebagai Tatan dilihat seperti bersedih dan seakan mengalirkan air mata, sambil berbaring pada bantal tuannya yang telah tiada.

“(Tatan) terus menangis kerana dia tahu dia sudah tidak boleh melihat arwah”, tulis Putri di laman TikTok.

Menurut sumber, Putri Yunita yang berkongsi kisah Tatan ini merupakan adik ipar kepada tuan Tatan – seorang wanita yang meninggal dunia ekoran komplikasi kehamilan.

Tambahnya, arwah mula membela Tatan semenjak kucing itu masih bayi, iaitu selama 7 tahun arwah menjaganya”.

Melihat kepada Tatan yang bersedih dan menangis, keluarganya kemudian memutuskan untuk membawa Tatan melawat kubur arwah.

Kata Putri, Tatan sebelum ini tidak pernah mengalirkan air mata sebegini dan ia hanya kelihatan selepas kakak iparnya meninggal dunia.

“Matanya tidak sensitif. Setelah doktor memeriksanya, ia tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Matanya sihat dan baik”.

Kucing sebenarnya turut beremosi apabila kehilangan peneman – sama ada haiwan mahupun manusia. Kucing akan bersedih atas tindak balas terhadap perubahan hidupnya.

VIDEO KLIK DISINI

Menurut sumber, kucing akan mengubah tingkah laku mereka seperti sedang berkabung sama seperti manusia.

Mereka mungkin mengalami depresi dan tidak bersemangat. Malah selera makan dan keinginan untuk bermain juga akan berkurang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*