Kucing cari bau tuannya yang telah tiada, undang sebak ramai

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Kucing cari bau tuannya yang telah tiada, undang sebak ramai

Kehilangan orang tersayang bukan sahaja dirasai kesedihannya oleh ahli keluarga, malahan turut dialami oleh haiwan peliharaan.Seekor kucing yang amat setia dan rapat dengan tuannya sudah tentu akan merindui masa-masa mereka bermain dan bermanja bersama.

Sehingga boleh membuat haiwan itu menjadi tidak keruan dan kemurungan.

Baru-baru ini tular di TikTok yang memaparkan seekor kucing peliharaan mencari arwah tuannya yang baru meninggal dunia, dan ia telah mengundang sebak ramai.

Video muat naik oleh Ladymarsya @ladymarsya itu menunjukkan kucing milik keluarganya yang bernama Ciput menjadi seperti keliru sedang mencari arwah ayahnya, yang selalu bermain dengannya.

Wanita ini sering memuat naik video aksi arwah ayahnya bersama Ciput, yang terkenal dengan gerakan ‘high five’ comel mereka serta pelbagai aksi lain yang menceriakan.

Arwah ayah Ladymarsya meninggal dunia pada 11 September lalu.

Berita ini telah mengejutkan kalangan netizen kerana wanita ini baru sahaja memuat naik video Ciput bermain bersama arwah ayahnya.

Ciput didapati kerap menghidu bau di tempat kali terakhir arwah ayah Ladymarsya terbaring. Dia seolah-olah rindu untuk bermain bersama tuannya.

VIDEO KLIK DISINI

Kelakuannya itu yang tercari-cari arwah tuannya telah mengundang sebak para netizen.

Rata-rata netizen turut bersimpati dan sedih sambil mengucapkan salam takziah di atas pemergian arwah ayah Ladymarsya.

Selepas ini tiada lagi aksi ceria si Ciput bersama ayah, sedihnya.. Salam takziah buat keluarga arwah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*