Suami baru tahu betapa penatnya tugas sebagai suri rumah apabila isterinya keluar untuk ber’Me Time’

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Suami baru tahu betapa penatnya tugas sebagai suri rumah apabila isterinya keluar untuk ber’Me Time’

Menurut kamus Cambridge, ‘me time’ bermaksud masa di mana anda boleh melakukan perkara yang anda mahu lakukan. Ada pelbagai cara untuk melaksanakan ‘me time’ ini antaranya membaca buku, tinjau kedai, memanjakan diri di spa, bersiar-siar di taman dan banyak lagi. Sebagai suri rumah, anda perlukan ‘me time’ untuk mengembalikan semula semangat dan tenaga anda selepas melunaskan segala tanggungjawab di rumah.

Sesekali dapat ber’me time’ memang seronok, tetapi yang mencabarnya pula adalah bagi para suami. Contohnya suami ini, dia baru tahu betapa penatnya tugas sebagai suri rumah apabila isterinya keluar untuk ber’me time’.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, si suami berkongsikan pengalamannya menguruskan anak-anak serta melakukan kerja-kerja rumah ketika isterinya keluar untuk ber’me time’.

Katanya, baru tiga jam isterinya itu keluar rumah, dia sudah merasakan hidupnya huru-hara sehingga tiada masa untuk membuang air besar.

Selain berkejaran dengan anaknya untuk menukarkan lampin anaknya, dia juga menyiapkan minuman dan makanan untuk dua orang anaknya. Sebelum ini dia langsung tidak menyangka bahawa duduk di rumah dengan anak-anak lagi memenatkan daripada bekerja di luar rumah.

Mana tidaknya, baru sahaja siap mengemas rumah, anak-anak sudah menyepahkan semula mainan mereka.

Dia juga mengingatkan anaknya agar memastikan tiada makanan yang tumpah kerana jika tertumpah, dia yang perlu mengemaskannya.

Walaupun baru sekejap mengambil alih tugas isteri, dia sudah berasa lelah. Menurutnya lagi, tidak terbayang bagaimana agaknya suri rumah yang hari-hari melakukan kerja-kerja rumah sambil menguruskan anak.

Di akhir video tersebut, si suami merayu agar isterinya segera pulang sudah tidak sanggup untuk melalui semua itu.

Dia juga menyatakan permohonan maaf kepada isterinya kerana sebelum ini dia pernah mempertikaikan keletihan yang dirasai oleh isterinya walhal si isteri hanya duduk di rumah.

Selepas merasai sendiri kepenatan menguruskan rumah tangga, si suami berpesan kepada para suami yang lain agar turut membantu isteri masing-masing melakukan kerja-kerja di rumah.

Video luahan suami mengenai betapa penatnya mengendalikan urusan di rumah itu mendapat perhatian netizen. Para isteri khasnya turut berkongsi pengalaman suami mereka menjaga anak-anak semasa ketiadaan mereka.

VIDEO KLIK DISINI

Sebagai suami isteri, anda haruslah berbincang dengan pasangan tentang bagaimana cara untuk membahagikan tugas menguruskan rumah tangga. Sebagai contoh, jika isteri sudah memasak, suami mengambil tugas membasuh pinggan mangkuk. Jka isteri sudah membasuh dan menyidai baju, suami pula mengambil tugas melipat baju.

Pendek kata, suami isteri perlu bertimbang rasa, saling bekerjasama dan cuba untuk tidak membebankan mana-mana pihak dengan tugasan di rumah.

Cuba lakukannya dan anda akan melihat perubahan daripada segi emosi dan tekanan dalam diri masing-masing. Hidup akan menjadi lebih bahagia kerana tiada pihak yang terasa beban ketika menguruskan rumah tangga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*