“Saya hendak makan” Reaksi comel gadis ini lepas kena bius tanya bila boleh makan kemudian berdengkur undang tawa

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

“Saya hendak makan” Reaksi comel gadis ini lepas kena bius tanya bila boleh makan kemudian berdengkur undang tawa

Ketika menjalani pembedahan, seorang itu perlu menjalani proses anaesthesia atau bius untuk membolehkan pesakit ‘tidur’ dan tidak berasa sakit.

Biasanya selepas dibius, pesakit akan berasa pelik dan keliru, badan rasa semut-semut dan jadi ringan seperti melayang-layang di udara.

Itulah yang dialami oleh seorang gadis comel bernama Delila yang menjadi keliru akibat ubat bius yang belum tinggalkan badannya selepas dia selesai menjalani pembedahan.

Rakaman lucu oleh rakannya di TikTok menjadi tular dengan lebih 1.2 juta tontonan selepas Delila meminta makan ayam goreng dengan bertanya bila masanya dia boleh makan.

Dan tidak lama kemudian, Delila tertidur kembali dan berdengkur.

“Saya tidak mimpi, saya tidak bermimpi tahu?” tiba-tiba dia berkata dengan lucu dan tertidur.

Kemudian dia bangun dan bertanya bila boleh makan, sudah bayangkan mengidam hendak makan ayam goreng bersama kentang dan keju.

Beberapa kali Delila yang comel tersenyum tidak sabar hendak makan, dan kemudian dia kembali berdengkur.

Rakannya yang merakam tidak tahan tergelak di belakang kamera.

“Oh Tuhan!” katanya yang berdekah tergelak melihat reaksi Delila yang comel melawan ubat biusnya dalam keadaan separa sedar.

Kemudian Delila bangkit dan menangis pula, “Saya hendak makan..”

VIDEO KLIK DISINI

“Ya, kita boleh makan nanti sebaik kamu bangun, kamu kena bangun dulu,” kata rakannya yang geli hati melihat Delila melayan perasaan di awang-awangan, dan lapar terliur nampak ayam goreng pula tu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*