
Kucing 2 Muka Ini Tarik Perhatian Netizen. “Hitam sebelah, kelabu sebelah”
Kucing yang bertompok tompok dah sering kita lihat kan. Walaupun begitu, pernahkah anda jumpa atau lihat kucing yang mempunyai dua warna bulu yang sangat simetri? Jika belum pernah lagi, jangan risau sebab kali ini kami kongsikan dengan anda seekor kucing yang memiliki bulu seumpama itu kerana sebahagian bulu pada mukanya berwarna hitam manakala sebelah lagi pula berwarna kelabu.
Uniknya kucing tersebut telah menarik perhatian netizen setelah dikongsikan oleh akaun michaelscat2 di Twitter baru-baru ini. Melalui Tweet tersebut, kucing ‘bermuka dua’ itu telah dinamakan Narnia dan difahamkan, kebanyakan orang akan terkejut apabila melihat kucing tersebut buat pertama kali.
Meet Narnia, a rare two faced cat. This blue-eyed kitten’s face was precisely divided into two halves: a gray half and a black half, and everyone was surprised when they first saw him. pic.twitter.com/5ZDTBGadth
— Michael’s Cat (@michaelscat2) January 14, 2022
Dalam pada itu, gambar kucing berkenaan juga telah menarik perhatian sehingga 30.7 juta kali Retweet dan 145 ribu likes daripada pengguna Twitter setakat ini. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen yang lain turut berkongsikan gambar si bulus mereka yang juga memiliki 2 warna bulu pada muka. Comel-comel pulak tu semua. Apa pun memang teruja jika kita dapat memiliki kucing dengan warna sedemikian,kerana ia amat jarang ditemui.
Sumber: Twitter @michaelscat2 /lobak merah via https://postscity.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply